Featured By: Maya Basir April 6, 2023 @ 4:29pm

Tak Tahan Sakit Tonsil Ganggu Waktu Tidur, Andi Bernadee Akhirnya Serah Diri Ke Hospital – “Dah Tahu Lama Tapi Tak Ambil Kisah…”

Penyanyi Andi Bernadee dimasukkan ke hospital sejak Rabu akibat penyakit tonsil yang dihidapinya sejak sekian lama.

Memetik laporan mStar, Andi atau nama sebenar Andi Azril Andi Mapangile, 32, memberitahu dia akan menjalani pembedahan buang tonsil namun masih menunggu masa sesuai kerana bahagian mulutnya mengalami bengkak.

“Sekarang ini masih makan ubat antibiotik untuk surutkan bengkak. Kata doktor mungkin dua hari lagi saya akan menjalani pembedahan tonsil.

“Sebenarnya saya sudah lama ada masalah tonsil tapi tak pernah ambil kisah pun. Kali ini agak teruk dan terpaksa juga masuk hospital bagi membuangnya,” ujarnya.

Pada masa sama, masalah tonsil yang dihadapi kali ini sudah semakin serius sehingga menyebabkan dia sukar bernafas ketika hendak tidur.

Disebabkan itu, Andi pergi ke hospital dan terpaksa membatalkan beberapa undangan nyanyian sepanjang Ramadan.

“Kali ini memang teruk sampai sekat pernafasan masa tidur. Pagi Rabu saya memandu sendiri ke hospital sebab sudah tak tahan.

“Disebabkan dah masuk hospital, terpaksalah korbankan undangan nyanyian. Doktor nasihat perlu rehat sebulan tapi saya cuba penuhi undangan kalau keadaan mengizinkan.

“Cuma bimbang berlaku masalah pendarahan dan menjadi lebih teruk,” katanya.

Mengulas tentang keadaan suaranya selepas pembedahan, pelantun lagu Raya Last Minit ini mengatakan ia tidak akan menjejaskan suaranya namun terdapat kesan kepada percakapan.

“Selama ini dah memang ada tonsil, jadi bila dah buang nanti akan ada rasa tidak selesa sikit bila bercakap tapi doktor beritahu tidak akan ganggu suara, jadi tiada masalah untuk terus menyanyi,” jelasnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 25 Oct 2023

Emosi Misha Omar Terkesan, Hati Robek Atas Nasib Menimpa Palestin… – “Tak Boleh Tidur, Hampir Deactivate Akaun”

‘Peluk anak rasa dia lain, sukar nak digambarkan dengan kata-kata’ – Misha Omar 😢

Featured Mon, 20 Feb 2023

Didakwa Tidak Lagi Menyanyi & Selesa Duduk Rumah Jaga Anak Sahaja, Ini Respons Syamel

Betul ke Syamel sekarang jadi Mr Mama ni? Tapi tak salah pun…

LIFESTYLE Thu, 19 Sep 2019
Featured Thu, 8 Jul 2021

Jom Semak Baki RM500 Tambahan PEMERKASA+ Yang Mula Dikreditkan Hari Ini

Dalam inisiatif PEMERKASA yang diperkenalkan oleh YAB Perdana Menteri, Bantuan Geran Khas Prihatin (GKP 3.0) bernilai RM 1,000  kepada PKS yang layak telah pun dikreditkan mulai 10 Jun lalu. Walaubagaimanapun, baki tambahan berjumlah RM 500 […]

Hiburan Thu, 13 Dec 2018

Nora Danish Hoping for a Baby Girl in 2019

Having three sons, the actress and her husband hope to get a baby girl next year.