Hiburan By: Ad Ops July 10, 2018 @ 8:49am

“Suami penyokong kuat saya” – Diana Danielle

Siapa sangka pelakon Diana Danielle yang dahulunya tidak tahu memandu kereta transisi gear manual kini mampu mengendalikan kereta lumba menerusi program Toyota Gazoo Racing musim pertama, tahun lepas.

Terbaru, kemunculan program Toyota Gazoo Racing musim yang kedua, telah mengumpulkan beberapa barisan artis ternama bagi memeriahkan lagi perlumbaan musim ini.  Antara barisan artis tersebut ialah Nabil Ahmad, Aqim Ahmad, Aiman Tino, Khai Bahar, Wany Hasrita dan Nabila Razali.

Selain Diana Danielle, Toyota Gazoo Racing turut disertai juara musim lalu, Shawn Lee serta dua selebriti yang bersaing dalam musim pertama iaitu Shukri Yahaya dan Janna Nick.

Bagi ibu kepada dua orang cahaya mata ini, suaminya, Datuk Farid Kamil merupakan penyokong kuat beliau sejak menyertai program tersebut. Sebagai tanda sokongan, Farid turut menghadiahkan simulator bagi memantapkan lagi skill lumba kereta isterinya itu.

“Tahun ini adalah musim kedua saya bersama pasukan Toyota Gazoo Racing. Memang mencabar… Ini kerana sebelum ini, saya tak biasa memandu kereta secara manual. Namun, kami diberi latihan intensif oleh jurulatih bertauliah sebelum masuk ke litar. Hasilnya, sepanjang musim lalu, saya sudah beberapa kali naik podium menerima trofi. Kali ini, suami saya sekali lagi memberi sokongan tidak berbelah bahagi. Apa yang menariknya, dia menghadiahkan simulator lumba kereta supaya saya boleh berlatih di rumah,” katanya kepada BH Online.

 

Wah! Wanita zaman sekarang jangan pandang sebelah mata je tau, siapa sangka seorang isteri dan ibu ini sangat berbakat bukan sahaja dalam dunia lakonan, tetapi sebagai pelumba kereta juga! Cayalah DD!

Ditulis Oleh: Nik Nur Amira

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 21 Feb 2018

PANAS! FARID KAMIL BAKAL KENA SAMAN

Taj dan Osh akan mengadakan sidang media dalam masa yang terdekat untuk menjelaskan segala tuduhan yang dilemparkan kepada mereka berhubung kes Datuk Farid Kamil

familuv Thu, 15 Dec 2022

[VIDEO] Kongsi Momen Jaga Anak Di Hospital, Ramai Doakan Anak Hanis Zalikha Cepat Sembuh

Pengacara dan pelakon Hanis Zalikha memuat naik video berkongsi momen bersama anaknya, Alisa Aisyah di hospital, baru-baru ini. Menerusi hantaran tersebut, Hanis menjaga Alisa dan berada di sisinya sepanjang berada di hospital. Malah, suami Hanis,

Hiburan Sat, 18 Jan 2020

‘NiNiNi’ Gabung Muzik Rempit, Hip Hop?

Abubakarxli sentiasa sentiasa dapat apa yang dia mahu dan dia mahukan segalanya!

Automobile Thu, 25 Apr 2019
familuv Thu, 19 Jan 2023

[VIDEO] Kongsi Video Memasak, Ramai Puji Anak Aliff Syukri – “Dahlah Cantik, Pandai Masak Pula Itu!”

Umum mengetahui, anak kepada usahawan terkenal Datuk Seri Aliff Syukri dan Datin Seri Nur Shahida Rashid iaitu Qadejah Elzahra sememangnya minat memasak. Terbaru, tular sebuah perkongsian yang dimuat naik oleh Shahida di laman Instagram yang

Hiburan Tue, 18 Jun 2019

‘Bukan Sebab Orang Ketiga’- Sam Bunkface Jawab Dakwaan Perkahwinan Bermasalah

Sam menyifatkan masalah sebagai asam garam dalam kehidupan perkahwinan.

| Live TV