Sudah Beli Cincin Mahu Lamar, Nabil Mahir Akur Ketentuan Tuhan

Pengacara Nabil Mahir mendedahkan dia sudah merancang untuk melamar bekas kekasihnya, Sarah Hildebran pada 20 April ini namun hajat itu tidak kesampaian,

Akui jejaka berusia 31 tahun itu, dia reda dengan takdir apabila hubungan mereka terputus baru-baru ini.

“ Saya reda dengan ketentuan Illah. Rancangan awal, saya mahu melamarnya pada ulang tahun kelima perhubungan kami.

“ Malah saya sudah membeli cincin untuk melamarnya pada hari berkenaan,” kata Nabil.

Tambah Nabil, dia menegaskan serius untuk berkahwin dengan pelakon drama Pujaan Hati Kanda itu.

“ Kalau saya beritahu Sarah lebih awal mengenai perancangan untuk melamarnya, pasti tidak ada kejutan lagi,” katanya yang mengaku tidak lagi mengikuti perkembangan Sarah di Instagram.

Nabil ditemui pada majlis sidang akhbar Asia GT Festival dan Celebrity Bazaar yang berlangsung di sebuah hotel di Sri Kembangan di sini, petang tadi.

Nabil bagaimanapun berkata, dia sudah dapat menerima hakikat dirinya dan Sarah tiada jodoh untuk hidup bersama.- Harian Metro.

SGMS Faida