Hiburan By: Syamir Shafie November 12, 2023 @ 2:59pm

Sudah Lali Dilabel Suara Kepit, Vokal Kurang Jantan… Amsyar Leee Mahu Ruang – “Biarkan Saya Berkarya”

Penyanyi baharu dan pempengaruh media sosial Amsyar Leee menjawab dakwaan menggunakan suara ‘kepit’ yang sengaja dibuat-buat dan kelihatan tidak semula jadi.

Sudah lali dengan kecaman yang menyelar vokalnya ‘kurang jantan’, dia mendedahkan suaranya itu diterima baik oleh peminat yang memahami identiti pelantun lagu Belai itu.

“Bagi saya kalau netizen dari Indonesia yang cakap macam ni Amsyar okay dan boleh diterangkan. Kadang ada juga netizen dari Malaysia yang tolong jawabkan.

“Tapi kalau netizen dari Malaysia yang cakap macam ni, bagi saya cerita ni dah lapuk. Bermula saya masuk industri muzik Malaysia empat tahun lepas sehingga sekarang, saya dah terima semua komen.

“Sebab ada segelintir yang hanya untuk melihat cerita di dalam Malaysia tapi tidak melihat dari sudut vokal penyanyi luar sebagai contoh artis, Zhou Shan penyanyi dari China, Dimash Qudaibergen dari Khazastan, mereka ini memiliki vokal yang sama seperti saya,” jelasnya ketika dihubungi XTRA.

Menyangkal dakwaan suaranya sengaja dibuat-buat dan kedengaran ‘terkepit’, pemilik nama sebenar Muhammad Amir Syafiq Mohd Sadri mengakui menggunakan teknik nyanyian tertentu.

“Cuma saya nak betulkan, suara kepit yang selalu orang cakap itu adalah vokal falseto dan soprano. Jadi saya tak kisah bila orang menyampah dengan saya disebabkan saya menggunakan teknik nyanyian sebegitu. Saya menganggap mereka tidak tahu,” katanya.

Dalam pada itu, ekoran nyanyian lagu Dawai oleh Amsyar yang tular di media sosial sehingga ke Indonesia, segelintir netizen membanding-bandingkan kelunakan vokalnya dengan artis-artis lain yang turut membuat ‘cover’ lagu tersebut seperti Aina Abdul, Shila Amzah, Vanessa Reynould, Ara Johari dan ramai lagi.

Berdasarkan pemerhatian XTRA, nyanyian Amsyar dikatakan tiada tandingan dan lebih sedap kerana penghayatan yang mendalam sehingga tembus ke hati pendengar.

“Ada beberapa komen yang saya baca yang membuatkan saya rasa tak boleh terima bila mereka bandingkan saya dengan orang-orang hebat seperti Aina Abdul, Shila Amzah. Sebab mereka adalah tempat di mana saya belajar bagaimana mengawal teknik nyanyian mereka melalui live nyanyian mereka atau melalui video.

“Saya tak bersetuju bila mereka berkata sebegitu sebab setiap orang ada karya masing masing untuk mereka lakukan dan saya sangat menghormati mereka dengan kejayaan yang mereka peroleh berbanding saya yang masih memberi tahu natizen tentang vokal yang saya guna,” katanya lagi.

Penerima Anugerah Influencer Media Sosial Terbaik pada tahun 2018 itu juga rimas apabila peminatnya meninggalkan komen yang tidak elok terhadap penyanyi lain.

“Saya tak nafikan memang mereka suka memberi komen di video nyanyian cover di platfom media sosial orang lain mengunakan nama saya, kata saya nynyi lagi sedap. Saya sangat terkesan bila komen macam tu ditinggalkan pada cover nyanyian orang lain,” dedahnya.

Sementara itu, tak kurang juga dengan segelintir netizen yang meluat dengan suara ‘autotune’ Amsyar.

Dilabel suara hanya sedap apabila dirakam dan disunting terlebih dahulu, netizen menafikan kemampuan Amsyar untuk menyanyi secara live.

“Sejujurnya nyanyian saya ketika sesi recording agak detail tetapi ketika live, saya mengaku perlu banyak belajar teknik. Sebab dua perkara yang berbeza. Dengan nak jaga pernafasan, crowd dan handle perasaan gemuruh tu memang saya perlu banyak belajar lagi,” luahnya.

 

Bertanya lanjut mengenai identiti sebenar anak jati Kuala Lumpur itu, dia tidak mahu dibayangi dengan artis-artis lain.

Meskipun gemar meniru suara artis terkenal, dia mahu berdiri atas namanya sendiri kerana Amsyar percaya dia memiliki keunikan dan kebolehan tersendiri.

“Biarkan saya bekarya. Saya mahu menjadi diri saya sendiri walaupun orang mengenali saya dengan suara-suara yang saya pernah lakukan sebelum ini.

“Kalau itu yang membuatkan mereka mengenali saya. Saya akan tunjuk bahawa saya sendiri juga ada keistimewaan vokal, buktinya saya melakukan vokal falseto tanpa meniru mana-mana artis melalui cover yang saya lakukan di media sosial,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Amsyar sedang sibuk menjalani latihan industri dan mempunyai beberapa lagu untuk disiapkan dan diterbitkan kelak.

Amsyar juga akan mempromosikan lagu yang belum dikeluarkan oleh Warner Music, bertajuk Melopong gandingannya bersama seorang penyanyi wanita yang masih dirahsiakan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 22 Jan 2024

Zaman Kanak-Kanak Tak Seindah Orang Lain… Zainal Abidin Tak Merasa Dibesarkan Oleh Ibu Bapa Sendiri Gara-Gara Hidup Miskin

Sedihnya kisah hidup Datuk…kecil-kecil lagi dah kena kerja macam-macam untuk cari rezeki…

Hiburan Fri, 20 Apr 2018

Hanna Delisha Hanya Rakan Sekerja, Syafiq Kyle Masih Solo!

Artis atau orang biasa, bagi saya masing-masing ada kelebihan. Saya tidak mahu bongkak cakap menolak jodoh dalam kalangan artis atau bukan. Sebab kita tidak tahu jodoh dengan siapa. Betul tu Syafiq, sabar dulu ya!

Featured Wed, 6 May 2020
Acara Tue, 6 Sep 2022