Sumayyah Nama Anak Kedua Syamsul Yusof, Tahniah!

Isteri pengarah popular Syamsul Yusof iaitu Puteri Sarah Liyana selamat melahirkan bayi perempuan, jam 3.30 petang semalam.

Bayi comel yang diberi nama Sumayyah Bt Mohd Syamsul itu juga merupakan anak kedua pasangan selebriti ini. 

Menerusi laman Instagram, Syamsul menulis ucapan penghargaan kepada pengikutnya yang tidak henti mendoakan kesihatan isterinya dan anak keduanya itu.

“ Alhamdulillah, terima kasih atas ucapan dan doa,” katanya.

Syamsul turut memuat naik dua foto bersama puterinya itu turut menitipkan ucapan terima kasih kepada mereka yang mendoakan.

Pasangan bahagia ini memiliki seorang anak lelaki, Syaikhul Islam yang dilahirkan pada 19 April 2017.

SGMS Faida