Sweet! Netizen Puji Cara Eboy Arbaain Jawab Soalan Asyallie Ahmad -“Suka Tengok Cara Suami Dia Bercakap…”

Baru-baru ini pempengaruh, Asyallie Ahmad atau lebih dikenali sebagai Asya memuat naik sebuah perkongsian di laman TikToknya sehingga berjaya meraih perhatian ramai.

Menerusi hantaran tersebut, Asya sedang meluahkan perasaannya kepada suaminya iaitu Eboy Arbaain yang juga merupakan pempengaruh.

“Sekarang kan kita dah lapan tahun berkahwin kan? adakah tahun-tahun yang akan datang awak akan sayang saya lagi?

“Ini sebab sekarang kan saya muda lagi, cantik lagi. Tapi contoh kalau saya dah tak cantik dah tua nanti awak sayang saya lagi ke?

“Contohlah sekarang awak cakap awak memang pandang saya tapi betul ke sampai ke tua nanti awak akan still pandang saya?” tanya Asya di dalam video tersebut

@asyallieeahmad08Memang cari pasal last sekali tu.♬ original sound – Asyalliee Ahmad ♡

“Deep talk with my husband,” tulisnya.

Walaubagaimanapun, Eboy turut menjawab pertanyaan Asya kepadanya di dalam video tersebut.

“Mestilah saya pandang awak je, walaupun mata saya ini pandang sekeliling tapi mata saya ini hanya pandang untuk benda-benda yang cantik seperti pemandangan dan seperti awak.

“Dekat mata saya awaklah paling cantik. Buat apa saya nak pandang perempuan lain?

“Tak kisahlah awak dah tua ke, muka awak senget ke, awak tetap cantik,” jawabnya di dalam video tersebut.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata warganet suka mendengar cara Eboy menjawab pertanyaan Asya.

“Bagusnya cara suami dia cakap, matang sangat. Hope kekal hingga ke Syurga.

“The way he focused on you. Semoga till Jannah kak Asya dan Eboy. Amin.

“Aku suka cara suami dia bercakap dan berbincang.

Dharnieya Nur Amelsa