Sweetnya… Hafreez Adam Hadiah Cincin Kahwin Untuk Zara Zya?

Auwww! Comel je cara pelakon Hafreez Adam meraikan ulang tahun ke 33 kekasihnya, Zara Zya. 

Kalau dulu Zara pernah membuatkan kejutan pada hari jadi Hafreez dengan memakai patung beruang, kali ini Hafreez membalas dengan cara berbeza.

Menerusi laman Instagram Hafreez, dia memuatnaik sebuah video kejutan buat kekasihnya itu. Sweet kan?

Dalam masa sama, pelakon Love You Mr Arrogant ini turut memuatnaik sekeping gambar dengan kapsyen gambar berbentuk cincin.

“ Dia bukan melamar, cincin itu adalah hadiah hari jadi. Saya sendiri teruja dengan sambutan romantis sempena ulang tahun pada tahun ini.

“Saya tidak menjangkakan sesuatu yang luar biasa kerana hari jadi saya sudah lama berlalu. Terima kasih diucapkan kepada Hafreez yang merancang sesuatu yang indah buat saya.

“Semestinya wanita mengimpikan sesuatu yang romantik sebegini. Sekiranya ada berita baik untuk dikongsikan, pasti saya akan maklumkan kepada semua,” jawab Zara kepada wartawan BH Online menerusi aplikasi WhatsApp.

Pasangan berbeza usia empat tahun ini mula rapat di set penggambaran drama Monalisa dan menjalin cinta sejak akhir tahun lalu. Semoga cepat naik pelamin ya! 

SGMS Faida