Syafie Naswip- Aishah Azman Putus Tunang

Selepas mengikat tali pertunangan pada April lalu, pelakon Syafie Naswip mengaku sudah putus dengan pelakon Aishah Azman.

Menurut Syafie, hubungan mereka terlerai bukan disebabkan kehadiran orang ketiga namun enggan berkongsi lanjut mengenainya.

“Dugaan bertunang memang berat buat kami. Keputusan dibuat atas kedua belah pihak keluarga. Saya mohon maaf tidak boleh berkongsi tarikh kami putus,” katanya yang enggan mengulas lanjut untuk menjaga hati banyak pihak. 

Pelakon berusia 27 tahun ini juga menganggap ini mungkin jalan terbaik bagi mereka berdua untuk meneruskan kehidupan dengan jalan masing-masing.

Kredit gambar: Hangat.com

Pasangan selebriti ini bertunang pada April lalu sejak serius bercinta pada awal 2018.

SGMS Faida