Penyanyi Syamel kini tampil dengan sebuah lagi lagu solo berjudul ‘Curang’. Lagi ini merupakan sebuah lagu berentak balada dan terhasil setelah para penciptanya mendapat ilham dengan melihat kadar penceraian yang semakin meningkat dalam masyarakat masa kini.

Digubah dan ditulis sepenuhnya oleh Aepul Roza dari Drama Band dan juga Syamel sendiri, lagu ini turut dihasilkan bersama sebuah klip video menarik yang menampilkan lakonan hebat Syamel serta Elisya Sandha.

Klip video lagunya menceritakan bagaimana watak Syamel yang bekerja keras untuk keluarganya disalah anggap oleh isterinya sendiri.

Pada masa yang sama watak Syamel mendapat tahu yang isterinya sedang bermain kayu tiga dengan adik Syamel sendiri.

Selepas ternampak isterinya keluar bercinta bersama adiknya sendiri, Syamel gagal menahan kemarahan dan terus menumbuk adiknya sehingga dia ditangkap polis dan dipenjarakan. Klip video terbitan Picturematter itu telah menjalani penggambaran di sekitar Malaysia dan Singapura.

Menurut Feros, Ketua Label Muzik, Rocketfuel Records mengumumkan Curang merupakan karya terbaru hasil nukilan Aepul Roza dari Drama Band serta Syamel sendiri dan saya berharap lagu ini dapat menambat hati ramai orang diluar sana dan juga mendapat tempat di hati para pendengar radio .”

Lagu ‘Curang’ ini boleh dimuat turun di iTunes dan dijadikan sebagai panggilan nada dering menerusi semua syarikat telekomunikasi tempatan serta boleh didengari melalui penstriman di atas talian seperti Raku, Spotify, Joox dan Apple Music.

Video lirik dan muzik lagu ‘Curang’ ini juga boleh di tonton di saluran Youtube Rocketfuel Network.

SGMS Faida