Categories: Filem

Catat Kutipan 6.4 Juta Selepas Tiga Hari Tayangan, Ejen Ali The Movie Dominasi Carta Top 10 Panggung!

Tahniah Ejen!

Walaupun filem animasi Ejen Ali The Movie baru sahaja ditayangkan diseluruh pawagam pada 28 November lalu, namun filem ini berjaya mencatat kutipan sebanyak RM6.4 juta selepas tiga tayangan di 162 buah pawagam di tiga buah negara iaitu, Malaysia, Singapura dan Brunei.

Malah, filem Ejen Ali The Movie nampaknya masih mendominasi carta top 10 filem yang ditayangkan diseluruh Malaysia.

Menurut, Ketua Pegawai Eksekutif Primeworks Studios, Datuk Izham Omar, jumlah itu adalah diluar jangkaan dan berharap kutipan akan bertambah bersempena musim cuti sekolah yang sudah bermula. 

” Terima kasih atas sokongan yang diberikan terutama pada produk filem Malaysia. Dari awal lagi kami sangat terkejut dengan sambutan luar biasa ini dan menerima banyak maklum balas positif daripada penonton.

Sumber : Instagram @izhamomar

” Malah, apa yang membuatkan kami lebih bersemangat adalah ramai mengatakan kualiti filem ini mengalahkan filem antarabangsa. Dan saya harap angka ini akan bertambah terutamanya pada musim cuti sekolah ini” Katanya.

Terdahulu, Ejen Ali The Movie telahpun mencatatkan rekod baru filem animasi tempatan apabila berjaya mengutip RM1.8 juta pada hari pertama tayangannya.

Wow!

Bertindak segera, Ejen!

Salma Syahbuddin