Hiburan By: SGMS Faida June 5, 2019 @ 10:20am

Syamel Sebak Pertama Kali Beraya Tanpa Datuk Tersayang

Penyanyi Syamel mengaku sedikit ralat menyambut Syawal tahun ini tanpa datuk tersayang.

Akui Syamel yang masih bersedih dengan pemergian datuknya, dia meraikan Syawal tahun ini dalam suasana serba sederhana. 

” Arwah datuk pergi meninggalkan kami sekeluarga sebelum Ramadan lalu. Saya sangat terkilan kerana arwah menjaga saya sejak kecil. Tidak dapat saya bayangkan perasaan berhari raya tanpa datuk.

“Janggal rasanya. Jadi, raya tahun ini diraikan dengan sederhana. Apabila dikenang kembali, memang sedih sangat, tetapi saya reda dengan pemergiannya,” luah pemilik nama sebenar, Syameel Aqmal Mohd Fodzly itu.

Bersyukur rezekinya murah sepanjang tahun ini, Syamel berkata, seperti teman duetnya, Ernie Zakri, dia merancang mengadakan rumah terbuka.

“Acara ini bertujuan merapatkan lagi silaturahim dengan peminat yang selama ini banyak menyokong kerjaya seni saya.

“Lama tidak berkumpul dengan mereka. Saya harap semua yang diundang dapat datang untuk memeriahkan majlis ini,” kata penyanyi yang cukup popular menerusi lagu Kau Pun Sama itu.- BH Online. 

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 6 Oct 2023
Hiburan Tue, 24 Dec 2019

Heroin Winter Sonata, Choi Ji Woo Bakal Timang Cahaya Mata Pertama!

Lama tak nampak kemunculan Ji Woo di kaca tv kan?

Fab Foodies! Fri, 30 Mar 2018

Malaysian Wins Silver Medal in International French Pastry Competition

We beat out countries like Canada and the United States of America! Oh you get to eat those award-winning desserts too.

Hiburan Tue, 6 Feb 2018

李幸倪大哭自认在感情中过份理性

在香港乐坛一直努力耕耘的Gin李幸倪,日前推出《很坚强》打响2018年首炮!全新一年被赋予新称号「坚Lee」的她笑指,新称号有让她多了一份亲切感,似乎拉近了她与大家的距离。

Trending Hari Ini Fri, 1 May 2020
Featured Fri, 1 Oct 2021

Penjawat Awam Wajib Lengkap Vaksin Sebelum 1 November, Berdepan Tindakan Tatatertib

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah mewajibkan  semua penjawat awam mengambil vaksin dan perlu segera melengkapkan imunisasi itu sebelum 1 November ini. Menerusi satu kenyataan rasmi JPA, setakat ini seramai 16,902 atau 1.6 peratus penjawat awam […]

Hiburan Sat, 25 Nov 2023

Siti Elizad Gagal IVF Kali Kedua, Tak Mahu Fikir Soal Anak Demi Jaga Kesihatan Mental

Belum ada rezeki.. Semoga dipermudahkan urusan Elizad & suami

Featured Fri, 10 Nov 2023