Syamsul Yusof- Puteri Sarah Bakal Dapat Anak Kedua

Alhamdulillah! Pelakon Puteri Sarah Liyana bakal menimang cahaya mata kedua tak lama lagi apabila dia disahkan mengandung anak kedua.

Puteri Sarah yang ditemui di majlis pelancaran jamu Mutyara di WowKL memberitahu dia bersyukur apabila doanya dimakbulkan untuk mengandung lagi.

“ Pada awalnya, doktor minta saya beri jarak sehingga anak berusia setahun.

“ Tetapi saya mula berusaha berusaha untuk mendapatkan zuriat kedua itu sejak anak pertama kami berusia 11 bulan. Alhamdulillah saya kini hamil lima minggu,” katanya.

Sudah tentu suaminya, pengarah Syamsul Yusof dan dirinya teruja menyambut kehadiran orang baru dalam keluarga mereka.

“ Memang tak sangka memandangkan kami berdua sibuk. Syamsul sibuk dengan filem Munafik dan saya sibuk dengan produk kosmetik yang bakal dilancarkan tak lama lagi,” ujarnya.

Tambahnya, setakat ini dia belum mengalami alahan seperti kebiasaan dilalui wanita hamil.

“ Sekarang saya belum lagi muntah-muntah, mungkin terlalu awal kerana ketika hamil anak pertama juga saya mula alahan pada bulan ketiga. Doakan ya,” ujarnya.

Pasangan selebriti ini berkahwin pada 8 Mac 2014 dan memiliki cahaya mata bernama Syaikhul Islam yang berusia 1 tahun 3 bulan. Tahniah dan semoga urusan melahirkan anak nanti lancar, Insha Allah…

 

SGMS Faida