Syawal Menjelang Tiba, Mona Allen Bimbang Orang Ramai Cium Anak, Minta Tips Di Instagram – “Macam Mana Nak Halang….”

Pelakon, Mona Allen meluahkan rasa bimbang terhadap keselamatan dan kesihatan anak sulungnya, Petra Pekin menjelang musim Perayaan ini.

Isteri kepada aktor Pekin Ibrahim itu diserang rasa gelisah memikirkan cara untuk menghalang orang ramai mencium anaknya itu bagi mengelak dijangkiti virus Respiratory Syncytical Virus (RSV).

Ekoran itu, Mona meminta tips daripada pengikutnya di Instagram menerusi sebuah pautan Ask Me A Question.

“Saya berharap nanti masa Raya tolonglah jangan kiss Petra. Takut virus RSV.

“Macam mana nak bagi tahu orang kampung, family atau saudara-mara janganlah cium baby. Any tips?,” soalnya beserta tanda pagar anxiety kicking.

ARTIKEL BERKAITAN: Berdepan Detik Cemas, Mona Allen Dedah Abaya Tersangkut Di Escalator Hingga Separuh Bogel! – “Mujur Allah Jaga Aib & Petra Selamat…”

Berdasarkan pemerhatian XTRA, Mona berkongsi beberapa pandangan orang ramai berhubung isu tersebut di Instagram miliknya.

Ada yang menyarankan Mona untuk mendukung Petra dan tidak melepaskannya kepada orang lain, meskipun pada ibu bapa.

Namun, kata Mona dia sudah membuat perkara demikian tetapi tidak berjaya.

“Kak Mona, sentiasa kena pegang Petra. Jangan bagi suami atau mak ayah yang pegang,” tulis netizen itu.

“Dah, tak jalan juga!,” jawab Mona.

Bagaimanapun, Mona berharap orang ramai dapat memahami rasa bimbangnya itu sebagai seorang ibu.

Aqilah Paharuzi