Isu Body Shaming, Mierul Aiman Tampil Pertahankan Qasrina Karim Di Twitter?

Pelakon cantik yang semakin meningkat naik, Qasrina Karim dikecam netizen di Facebook kerana sekeping foto yang menampakkan dahinya.

Kecaman yang diberikan itu telah dikongsikan semula oleh seorang pengguna Twitter.

“Cameraman punya angle pun. Salah cameraman ni. Bukan salah netizen,” tulis pengguna Twitter terbabit.

Ciapan yang dikongsi itu membuatkan Qasrina tampil untuk membalas kenyataan itu.

“I’m human too,” tulis Qasrina di ruangan ‘quote tweet’.

Namun apa yang lebih menarik perhatian netizen adalah apabila pelakon lelaki yang sering dikaitkan dengan Qasrina, Mierul Aiman berkongsi ciapan seolah-olah sedang mempertahankan aktres itu.

“Kamu mempunyai keaslian dalam kecantikan. Jalan terus,” ciap Mierul di akaun Twitter miliknya.

Menjengah komen dan reaksi netizen, rata-rata peminat mengatakan ciapan tersebut ingin ditujukan kepada Qasrina dan menyokong kenyataan Mierul.

“I know well this is indirect for her and yeah I’m here the one who feel touched because I care.

“So cute to have someone indirectly tweet beautiful compliment about ourself,” ciap netizen.

Izzi Farhana