Tahniah! Adira Hamil Anak Kedua

Alhamdulillah! Tahniah buat penyanyi Adira Suhaimi atas berita kehamilan anak keduanya.

Perkara ini disahkan oleh suami Adira, Datuk Seri Adnan Abu yang memberitahu isteri keduanya itu kini hamil lima bulan.

“Alhamdulillah, rezeki Allah. Adira hamil lima bulan anak kedua kami,”katanya kepada salah sebuah portal hiburan.

Ini merupakan anak ke lapan beliau yang juga dikenali sebagai Datuk Red.

“Kira tahun ini saya dapat dua cahaya mata daripada isteri pertama dan kedua,” katanya.

Adnan mengulas foto penyanyi lagu Ombak Rindu itu yang dimuat naik di Instagramnya kelihatan sudah mempunyai ‘baby bump’.

Dalam pada itu, beliau yang berhasrat mempunyai ramai anak itu mengakui menyasarkan 20 cahaya mata.

Adira berkahwin dengan ahli perniagaan itu sebagai isteri kedua di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015.

Pasangan ini menimang cahaya mata pertama diberi nama Anggerik pada 10 Mac 2017.

SGMS Faida