Categories: FeaturedOh Lawa

Jurusolek Kim Kardashian Kongsi Tip Untuk Hilangkan Rupa Kedutan Di Bahagian Mata

Tiada siapa yang boleh menghalang proses penuaan; semua orang akan dapat wrinkles atau garisan kedutan pada kulit mereka.

Bila ia akan berlaku, tak sama untuk semua orang tapi yang pasti, kita tak boleh nak buat apa-apa.

Walau bagaimanapun, anda masih boleh “menyelamatkan” kulit muka anda dengan mengaburi rupa wrinkles tersebut dengan makeup.

Bahagian muka yang paling ketara ada wrinkles ialah di mata, dan untuk cover kedutan-kedutan di situ, anda perlu gunakan concealer.

Ini bukan tip sebarangan, ya! Ia dikongsikan oleh makeup artist Mario Dedivanovic yang telah lama berkhidmat untuk Kim Kardashian.

Foto: Instagram Mario Dedivanovic

Katanya, sama ada teknik ini efektif atau tidak, semuanya bergantung kepada tona warna concealer anda atau shade yang anda pakai.

Jika anda biasa menonton video tutorial makeup, anda mungkin perasan yang ramai makeup artist mengesyorkan penggunaan concealer yang tonanya beberapa shade lebih cerah daripada warna kulit muka.

Memanglah ia nampak cantik di dalam kamera, tapi jika tersalah pilih warna, Mario berkata ia boleh menjejaskan hasil keseluruhan makeup penggunanya.

“Salah satu kesalahan besar mengenai proses makeup ialah pemilihan warna concealer yang tak betul,” kata Mario.

“Jika ia terlalu cerah, ia boleh nampak macam ia berwarna kelabu. Ini akan menarik lebih banyak perhatian kepada garisan kedutan pada kulit anda.”

Jadi pilih betul-betul warnanya, ya!

Foto: Instagram KKW Beauty

Ini caranya…

Untuk betul-betul cover wrinkles anda, Mario mencadangkan untuk melembapkan kulit di bahagian bawah mata anda supaya anda nampak lebih segar.

“Saya suka pakaikan selapis moisturiser atau eye cream, dan kemudian sapukan sekali concealer di atasnya sampai kedua-dua produk ini sekata,” kata Mario.

Untuk mengelakkan daripada concealer anda nampak berketul-ketul apabila kering dan tak blend dengan kulit, produk concealer itu patut mengandungi ramuan yang melembapkan, Mario berkata lagi.

Pastikan anda memakai satu lapisan concealer yang nipis saja setelah memakai foundation di seluruh muka.

Jadi, secara keseluruhan, anda ada lapisan eye cream, foundation dan concealer di bawah mata anda.

Supaya ia tahan lama, Mario suka pakai transluncent loose powder atau bedak asas, dan akhir sekali semburkan face mist supaya kulit nampak lebih berseri.

Sumber: E! Online

Ad Ops