Tahniah Black! Akhirnya Dayyan Dah Dapat Adik

Kalau sebelum ini berita gembira dikongsi bersama buat peminat-peminatnya diatas kehamilan kedua isteri tercinta, Naquia Yasirah Moeka.hd Khairi atau lebih mesra dengan panggilan Cira ini akhirnya selamat melahirkan cahaya mata kedua mereka. 

Sumber : Instagram @black.hanifah

Pastinya ini adalah berita gembira berganda buat penyanyi Anugerah Terindah ini apabila cahaya mata kedua mereka merupakan seorang bayi perempuan yang dilahirkan seberat 2.88kg.

Menurut Black, isteri dan bayi kini berada dalam keadaan baik dan semuanya sihat walafiat. 

Terdahulu, Black pernah berkongsi pengalaman cemas beliau apabila kandungan isterinya itu tidak menunjukkan apa-apa tindak balas akibat memakan buah durian. 

Menerusi instagram miliknya, Black turut berkongsi tentang pengalaman anak pertamanya, Dayyan yang begitu teruja dengan kehadiran adiknya itu.
Apapun, rata-rata followers beliau mengucapkan tahniah diatas kelahiran anggota baru dalam keluarga Black Hanifah.
Tahniah Black dari kami di xtra!
Salma Syahbuddin