Categories: familuv

Ini Trik Paling Pantas Untuk Sediakan Bubur Untuk Si Manja

Bagi anda yang mempunyai anak kecil mungkin anda kerap memasak menu bubur kan? Yela, anak kecil yang masih belum mempunyai gigi pastinya bubur adalah menu yang sangat baik untuk mereka.

Biasanya, kalau nak masak bubur ianya akan mengambil masa yang lama. Betul tak? Mungkin para ibu bekerjaya mempunyai masalah untuk menyediakan bubur pada awal pagi. Yela, kadang-kadang terlalu penat bekerja sehingga lewat bangun pagi dan tak sempat nak masak untuk anak. 

Kini, anda tak perlu risau, penyediaan bubur yang penulis akan kongsikan ini akan menjimatkan masa anda untuk masak bubur. Nak tahu caranya? Jom semak!

Cara-caranya

1. Cuci dan toskan beras macam nak masak nasi.

2. Sediakan bekas kecil yang mempunyai penutup. Masukkan beras yang dah dicuci tadi ke dalam bekas dan tambahkan sedikit air. 

3. Kemudian, tutup rapat dan letakkan bekas di bahagian freezer untuk dibekukan. Biarkan semalaman sehingga beku.

4. Apabila anda nak masak bubur, keluarkan bekas beras dan keluarkan beras beku dari bekas tersebut.

5. Masukkan ke dalam periuk kecil yang berisi air. Pasangkan api sederhana dan masak sehingga beras menjadi bubur. Biasanya, bubur anda akan masak dalam tempoh 10 minit sahaja.

Mudah saja kan? Paling best jimat masa dan gas! Trik memasak bubur ini pasti akan dapat bantu anda untuk menyediakan menu bubur yang fresh setiap hari kepada si manja.

Selamat mencuba!

Sumber: Facebook

tex_admin