Categories: HiburanSelebriti

Tahniah…Ippo Hafiz Sah Bergelar Suami

Tahniah buat penyanyi dan komposer, Ippo Hafiz yang selamat bernikah dengan wanita pilihannya, Norfarahin Mohd Roslan, malam tadi.

Pasangan ini dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan, Mohd Roslan Marwi dengan disaksikan Pendaftar Nikah Cerai Rujuk Orang Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Ustaz Mohd Abd Nasir Abdullah di sebuah villa di Jalan Ampang, Kuala Lumpur.

Dengan sekali lafaz, Ippo atau nama sebenarnya Muhammad Hafiz Yaziz sah bergelar suami kepada Farahin.

“Alhamdulillah, majlis dirancang berjalan lancar. Maka, bermula sudah fasa baru dalam hidup kami selain tanggungjawab yang perlu dijalankan sebagai suami dan isteri,” katanya kepada Harian Metro.

Akui Ippo Hafiz, dia berasa cukup gementar memandangkan pertama kali berdepan dengan pengalaman ini.

“Mungkin sebab pengalaman pertama. Terima kasih kepada semua pihak yang sudi bekerjasama dalam menjayakan majlis pernikahan kami ini. Doakan yang terbaik buat kami semoga perkahwinan ini dirahmati dan kekal hingga ke jannah,” ujarnya.

Majlis perkahwinan bertema batik itu turut dihadiri oleh keluarga dan rakan termasuklah penyanyi Sissy Iman, Sarah Suhairi, pelakon, Shahrizal Jaszle dan isteri, Rohana Jalil serta ramai lagi.

Majlis resepsi sebelah pihak perempuan akan diadakan esok dan sebelah pihak lelaki pada 31 Ogos ini.

Selamat Pengantin Baru Ippo & Farahin!

SGMS Faida