Hiburan By: SGMS Faida December 22, 2019 @ 7:00am

Tahniah, Isma Selamat Bergelar Isteri!

Penyanyi Isma, 39, melangsungkan pernikahan dengan pasangannya, Mohd Dzaki, 35, hari ini.

Majlis pernikahan Isma atau nama sebenarnya Ismaliza Ismail yang juga kakak kepada penyanyi Tomok diadakan di Menara Seri Dewan Wilayah, Putrajaya jam 11 pagi.

Bagaimanapun, Isma yang juga ibu tunggal ketika dihubungi Harian Metro enggan mengulas lanjut mengenai butiran majlis perkahwinannya.

“Cukuplah sekadar orang tahu saya sudah berkahwin. Kalau boleh saya tak nak komen lanjut mengenai tempoh perkenalan saya dengan suami,” katanya.

Sementara itu, Isma menerusi Instagram meluahkan rasa syukur dan berterima kasih kepada semua pihak yang terbabit.

Bagaimanapun gambar perkahwinan itu sudah dipadamkan.

Menurut Isma, dia menerima mas kahwin sebanyak RM100 dan jumlah hantaran dirahsiakan.

Isma pernah berkahwin dengan komposer dan penyanyi Zul 2 By 2 pada 16 April 1998, tetapi bercerai pada awal tahun lalu.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan lima cahaya mata iaitu Muhammad Haiqal Aiman, 21, Muhammad Haiqal Aydiel,20, Seri AidaMerlissa,18, Seri Ayreen Merlynda,16, dan Seri Adryana Mercella,12. 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Cahaya Mata Tue, 10 Jan 2023

Kongsi Video Anak Senyap Tiba-Tiba, Ramai Terhibur Lihat Gelagat Tiara & Achey – “Anak Lawak, Ayahnya Lagilah Lawak!”

Pelawak terkenal, Achey atau nama sebenarnya Mohd. Nasir Hamzah sering berkongsi momen dan gelagat kelakar bersama dengan isteri dan anaknya sehingga berjaya mencuri perhatian ramai. Baru-baru ini, Achey memuat naik sebuah perkongsian di laman Instagram […]

Featured Sun, 2 Jan 2022

“Masih Mampu Tersenyum” – Lelaki Temui Semula Keretanya Hancur Musnah Selepas Dihanyut Banjir

Baru-baru ini, seorang pengguna TikTok telah berkongsi keadaan keretanya yang hancur berkecai akibat dipercayai dihanyutkan banjir yang berlaku di Bentong, Pahang. Video yang dimuat naik oleh @aimanxkesah92 itu menunjukkan sebuah kereta jenis Proton Inspira yang […]

Hiburan Tue, 3 Jul 2018

Komen ‘Makcik Bawang’ Buat Abby Abadi Tertekan?

Menurutnya, gambar Daiyan di tepi pantai diambil berhadapan dengan tempat penginapannya untuk beberapa minit sahaja.