Euforia Bola 2026
Hiburan By: Khairil Khusyairi October 13, 2023 @ 9:55pm

Tahniah! Izara Aishah Selamat Bersalin Anak Kedua

Pelakon cantik, Izara Aishah selamat melahirkan bayi kedua.

Berita gembira tersebut dimaklumkan menerusi perkongsian di Instagram (IG) Izara.

Perkongsian tersebut turut memaparkan momen-momen manis saat suaminya, Adib Khalid memangku bayi perempuan kedua mereka sambil dipandang anak sulung, Irisa Alaia.

Namun, Izara, 30, tidak berkongsi bilakah bayi keduanya itu dilahirkan.

Terdahulu, menurut menantu kepada penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza ini, dia dijangkakan bakal melahirkan bayi kedua pada penghujung September atau awal Oktober.

Malah, memaklumkan mendapat tahu dia berbadan dua ketika usia kandungannya mencecah empat bulan.

Untuk info, Izara dan suami, Adib Khalid telah mendirikan rumah tangga pada 17 November 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Irisa Alaia, 3.

ARTIKEL BERKAITAN: Izara Aishah Dedah Dapat Tahu Hamil Ketika Usia Kandungan Cecah Empat Bulan, Tak Kisah Soal Jantina Anak

ARTIKEL BERKAITAN: “It’s Due Next Month” – Bakal Timang Anak Kedua, Izara Aishah Kongsi Foto ‘Baby Bump’ 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 12 Mar 2020
Events Thu, 20 Jun 2019
Featured Wed, 19 Mar 2025
Trending Fri, 30 Apr 2021
Featured Tue, 9 Jul 2019
Featured Tue, 23 Apr 2024
error: Content is protected !!