Categories: HiburanSelebriti

Tahniah! Raja Ilya Kahwin Mat Salleh

Pelakon yang sering diberikan watak antagonis dalam kebanyakkan drama lakonan nya ini mengakui bahawa beliau bakal menamatkan zaman bujangnya bersama kekasih hatinya warga Australia yang hanya mahu dikenali sebagai TWG pada November depan.

“Saya tidak pernah berfikir untuk berkahwin, saya fikir munghkin akan menjadi andartu, tetapi TWG menyakini saya untuk berkahwin dengannya. Disebalik status yang dimilikinya, dia sangat merendah diri malah memiliki jiwa dermawan kerana telah banyak membantu masyarakat dan komuniti di sekitar beliau tidak kira bangsa mahupun agama. Kadang saya terfikir dia begitu sempurna buat saya. Dia ada semua ciri yang diidamkan wanita. Dia kacak, berkedudukan, baik hati dan pemurah tetapi dia memilih untuk mengahwini saya.” Katanya

Ditanya mengenai lamaran yang dilakukan oleh TWG, Raja Ilya memaklumkan bahawa TWG telah menulis sebuah puisi menyatakan perasaan beliau mahu mengahwini dirinya dan ianya cukup menyentuh perasaan. 

Raja Ilya sebelum ini pernah terpalit dengan isu kontroversi apabila menolak tawaran berlakon dalam siri Marvel. 

Apapun, Tahniah diucapkan buat Raja Ilya! 

Salma Syahbuddin