Tahniah! Rakaman Video Betty Rahmad Buat Ramai Netizen Sebak

Sudah pasti berita kehamilan menjadi saat yang paling berharga buat setiap pasangan suami isteri bukan? Kegembiraan itu turut dirasai oleh adik kepada Erma Fatima dan Datin Paduka Umie Aida, Betty Rahmad apabila mengakui dirinya kini telah hamil.

Pada mulanya, beliau menyimpan berita gembira ini dengan hasrat ingin membuat kejutan untuk suaminya, Ardy Damis. Menurut Betty, sudah lama rakaman video tersebut dibuat, dan ketika itu beliau hamil 4 minggu, kini, usia kandungan Betty sudah 3 bulan.

Tidak dinafikan, detik-detik rakaman tersebut cukup menyentuh hati netizen dan ada diantara mereka turut merasa sebak dan mendoakan kesejahteraan Betty dan juga baby. Auch!

Tahniah sekali lagi diucapkan kepada Betty dan Damis kerana bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi.

Ad Ops