Categories: HiburanSelebriti

Tahniah! Ruhainies Sudah Dilamar Mr E

Pelakon Ruhainies mengaku terkejut apabila dilamar kekasihnya di Itali, baru-baru ini.

Ruhainies atau nama sebenarnya Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas memberitahu dia langsung tidak menyangka kekasihnya itu melamar di lokasi berlatar belakangkan Plaza Duomo Milan.

“ Genap setahun perkenalan kami, saya tidak sangka dia mengungkapkan ayat ‘Will You Be Mine’. Saya rasa sangat bahagia. Malah, hingga sekarang masih terngiang-ngiang lagi ungkapan indah itu.

“Banyak kali dia cakap. Saya fikir dia bergurau. Apabila sampai di London, dia buat kejutan dengan menghadiahkan sebentuk cincin yang ditempah khas,” katanya kepada Harian Metro.

Ruhainies juga mengaku sangat bahagia dan menyifatkan kekasihnya yang digelar Mr E itu sebagai seorang yang sangat sempurna.

“Saya tak pernah berasa curiga dengan kejujurannya. Bersamanya saya rasa sangat selamat dan disayangi.

“Dia setia orangnya meski kami bercinta jarak jauh. Dia serius dengan hubungan ini malah saya nampak visi dan misi untuk menyunting saya sebagai suri hidupnya,” kata Ruhainies.

Ditanya mengenai perancangan menamatkan zaman bujang, Ruhainies berkata belum ada sebarang perbincangan lanjut membabitkan kedua belah pihak.

“Sekarang ini dia sedang persiapkan diri untuk menjadi suami. Cuma, saya tak nak terburu-buru kerana nak beri laluan kepada kakak, Risteena dahulu. Lagi pula hubungan kakak dengan kekasihnya sudah lama.

“Sekiranya, kakak kahwin tahun depan, baru saya fikir untuk ke fasa sama juga. Apa pun, doakan saja yang baik-baik untuk kami,” katanya. -Harian Metro.

 

 

SGMS Faida