Tahniah! Shila Amzah Menang Di Global China Music Chart For CCTV

Penyanyi yang semakin popular di negara China sejak memenangi Asian Wave pada tahun 2008 ini sekali lagi membanggakan Malaysia kerana berjaya memenangi Anugerah di acara Global China Music Award For CCTV di negara itu.

Shila yang berjaya memenangi tempat kedua dalam pertandingan tersebut telah menyanyikan lagu terbaru beliau dalam bahasa Mandarin berjudul Ru gu wo men lo le.

Dan, rata-rata peminat dan followers beliau mengucapkan tahniah dan sokongan yang padu kepada penyanyi kesayangan mereka ini.

Dalam perkembangan lain, Shila turut dilihat semakin aktif dalam melebarkan kariernya di negara China dan masih aktif melancarkan single beliau dalam bahasa Mandarin di bawah syarikat rakaman miliknya.

Salma Syahbuddin