Euforia Bola 2026
Hiburan By: Fatin Nurain July 12, 2023 @ 11:52am

“Tak Ada Siapa Pun Yang Suka Buat Salah” – Terima Kecaman, Hawa Rizwana Enggan Mudah Melatah

Sejak kebelakangan ini, pengacara Hawa Rizwana Redzuan sering menjadi tumpuan dalam kalangan netizen dek kerana melihat cara pemakaian dan pergaulannya bersama orang sekeliling.

Menurut Hawa, sebagai selebriti dia akur apabila setiap tindakannya menjadi tumpuan ramai bahkan, menerima segala kecaman dengan terbuka untuk menjadi lebih baik.

Namun, dirinya lebih bersyukur apabila masih mempunyai ahli keluarga dan rakan rapat yang lebih mengenalinya.

“Bagi saya, sebab kita tak pernah ada niat untuk buat salah. Tidak ada siapa pun nak jadi orang yang buat salah. Tidak ada siapa suka bila dia buat salah.

“Jadi, apa yang berlaku bila ada herdikan ke teguran, Alhamdulillah, saya ada keluarga dan kawan-kawan yang sudi dengar cerita daripada pihak saya dan tahu kenapa benda tu jadi.

“Mereka kenal saya orang yang macam mana dan niat kita macam mana. Jadi, selagi niat kita tu okay, Insya-Allah, kita akan lagi kuat,” katanya.

Biarpun sering menerima kecaman, Hawa tetap tidak mudah melatah dan enggan mengambil sebarang tindakan kerana menganggap mereka tidak mengenali sisi peribadinya lebih mendalam.

“Bagi saya, setakat ini semua benda yang berlaku masih boleh dikawal lagi. Kalau ada yang memfitnah atau bercakap apa sahaja tentang saya, saya anggap dia tak kenal saya dan saya hanya akan fokus pada kerja dan keluarga sahaja,” jelasnya.

Perkara tersebut telah dikongsikan oleh Hawa ketika ditemui di majlis sidang media Real Men Malaysia: Wira Merah, semalam.

Sebelum ini, Hawa telah dikecam oleh ramai pihak selepas melihat gelagat spontannya membalas ‘high five seorang pempengaruh, Sid Murshid ketika memasak bersama.

Mengakui khilafnya, Hawa juga tampil memohon maaf atas kesilapannya yang mengundang rasa kurang selesa terhadap ramai pihak.

ARTIKEL BERKAITAN: Aksi ‘High Five’ Dengan Lelaki, Hawa Rizwana Mohon Maaf

ARTIKEL BERKAITAN:Hawa Rizwana Dikritik Lagi! Aksi High Five Dengan Lelaki, Netizen Dakwa Tak Jaga Batas

ARTIKEL BERKAITAN: Padam Gambar Pakai Baju Ketat, Hawa Rizwana Mengaku Masih ‘Belajar’

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 1 Feb 2023
Hiburan Tue, 20 Aug 2019

Ada Apa Dengan Sufi Rashid?

Lagi sebulan nak nikah, Sufi Rashid dihujani pelbagai dugaan.

Hiburan Tue, 7 May 2024
Trending Sat, 14 Apr 2018

Jom Balik Mengundi, Air Asia Tawar Tambang Murah!

Dalam kenyataan hari ini, syarikat penerbangan itu berkata, tambang sehala bagi laluan di Semenanjung dan Sabah, Sarawak ditetapkan pada harga RM99.

Hiburan Wed, 6 Dec 2023

Kontrak Ditamatkan? Ini Kenyataan Rasmi Warner Music Berkenaan Isu Kaka Azraff

Ini penjelasan Warner Music berkenaan isu Kaka Azraff

Featured Tue, 19 Aug 2025

Azhar Sulaiman Persoal Keberadaan Derma Ratusan Ribu Ringgit Buat Mangsa Kebakaran Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah

Beratus ribu ringgit juga lah Behar tolor salurkan kepada tahfiz kelolaan ustaz di Bukit Keramat,”

Hiburan Tue, 26 Sep 2023
Featured Wed, 18 Sep 2024

Tahniah! Fizz Fairuz & Almy Nadia Selamat Timang Anak Ke-5

Alhamdulillah, Tahniah Fizz & Almy😍😍😍

Hiburan Fri, 8 May 2026

Jamal Abdillah Perjelas Dakwaan Bersara, Akui Hanya Gurauan Pentas

Jelas Jamal, faktor keletihan itu membuatkan dia berseloroh mengenai persaraan ketika sedang membuat persembahan.

Trending Fri, 8 Apr 2022

Nak Membantu Sepanjang Ramadan? Bukan Sahaja Sumbangan Kewangan Tau, Kita Boleh Pelbagaikan!

Kebanyakan masyarakat hari ini sering mengaitkan derma dengan orang kaya dan berpendapat bahawa mereka tidak mampu untuk melakukan kebaikan kerana berfikiran derma hanya melibatkan bentuk kewangan. Sebenarnya, terdapat pelbagai kebaikan yang boleh dilakukan yang tidak […]

error: Content is protected !!