Tak ‘Fake’! Fara Mendoza Mengaku Buat Hidung, Bibir & Kecilkan Rahang – “Biarlah Duit Saya”

Pempengaruh media sosial dan pelakon, Fara Mendoza mendedahkan bahawa dia telah menjalani pembedahan kecantikan.

Memetik laporan Gempak, Fara mengakui dia membuat pembedahan pada bahagian hidung, bibir dan juga mengecilkan rahangnya.

Kata Fara, dia bukanlah seorang yang hipokrit sebaliknya bersikap terbuka dengan orang ramai untuk berkongsi tips kecantikan.

“Saya tak nak jadi fake. Saya selesa jadi diri sendiri. Apa yang saya lakukan, saya senang untuk berkongsi dengan pengikut di media sosial.

“Kalau ada yang kata saya ‘buat hidung’ misalnya. Biarlah saya punya duit. Memang saya buat hidung (Rhinoplasty), bibir apa semua.

“Lagi pula saya memang seorang yang suka berkongsi. Kalau orang tanya saya akan cakap benda yang betul. Lebih bersikap terbuka untuk berbuat demikian.

“Saya beginilah… Kalau tak suka, saya akan cakap tak suka dan begitu juga sebaliknya,” katanya.

Walaubagaimanapun, pelakon drama Raisha 2 itu memilih untuk tidak berkongsi kos rawatan tersebut kerana sukar untuk dianggarkan namun mengakui mempunyai peruntukkan setiap bulan.

“Saya tak dapat nak anggarkan berapa kos rawatan kosmetik yang saya lakukan, cuma itulah kita sentiasa rasa nak cantik. Yang pasti setiap bulan saya memang sediakan peruntukkan untuk penjagaan diri,” jelas Fara.

Sumber: Gempak

Atiqah Johari