“Perempuan Jangan Jadi Bodoh!” – Che Ta Nasihat Jangan Beri Muka Pada Lelaki Angkat Tangan

Baru-baru ini, hangat diperkatakan isu beberapa pelakon lelaki melakukan keganasan rumah tangga terhadap isteri mereka.

Terkilan dengan perkara yang berlaku, pelakon Rozita Che Wan berpesan kepada kaum wanita supaya lebih berani membuat keputusan sekiranya mengalami krisis keganasan rumah tangga.

Memetik laporan Gempak, Rozita atau lebih mesra disapa Che Ta memberitahu wanita perlu lebih bijak membuat keputusan untuk diri sendiri.

“Perempuan jangan jadi bodoh. Walaupun lelaki beli beras, belum tentu dia akan beli lauk yang lagi mahal.

“Sekali lelaki angkat tangan, perempuan harus angkat kaki tetapi bukan terajang.

“Keluar dari rumah, buat laporan polis dan pergi ke hospital kerana hukuman akan jatuh kepada lelaki,” katanya.

Pada masa sama, Che Ta turut berpendapat wanita tidak seharusnya berterusan memberi peluang kepada lelaki yang kerap menyakiti mereka.

“Kalau dia pujuk minta maaf dan tidak akan buat lagi, tidak! Awak kahwin dengan orang sama dan tidak akan berubah.

“Sedangkan kita pun tidak berubah, jangan harap dia pun akan berubah. Jangan bagi peluang kedua kepadanya kerana dia masih orang yang sama tidak akan berubah,” ujarnya.

Maya Basir