Hiburan By: SGMS Faida May 3, 2019 @ 1:09pm

Tak Kisah Nyanyi Lagu Lama, Francissca Peter Belum Sedia Nyanyi Lagu Komposer Muda

Penyanyi senior Francissca Peter mengaku masih belum bersedia untuk menyanyikan lagu ciptaan komposer muda masa kini.

Beliau ketika ditemui di A Night With Legends Desaru Coast bertempat di Restoran Rebung, Kuala Lumpur petang semalam memaklumkan pernah ‘dilamar’ beberapa kali oleh komposer muda untuk menyanyikan karya mereka.

” Bukan tidak berminat cuma saya belum bersedia. Saya juga terikat dengan beberapa komitmen kerja buat masa ini.

” Jika masa mengizinkan saya mahu kembali ke studio rakaman dan menghasilkan single baharu. Cuma buat masa ini saya tidak kisah menyanyikan lagu-lagu hits lama yang menaikkan nama saya di dalam persada seni suara,” katanya.

Dalam masa sama, penyanyi berusia 58 tahun ini memaklumkan tidak kisah menyanyikan lagu-lagu ciptaan komposer lama di mana-mana persembahan.

” Beberapa kali saya disapa oleh peminat cilik yang suka dengan lagu-lagu seperti Kehebatan Cinta, Sekadar Di Pinggiran dan beberapa buah lagu lagi.

” Jika diberi kesempatan untuk merakam lagu baharu, saya mahu seorang komposer yang komited dan faham dengan jiwa penyanyi itu sendiri. Barulah lagu itu benar-benar sampai ke hati pendengar,” akhirinya. 

Beliau juga akan tampil membuat persembahan di A Night With Legends Desaru Coast pada 6 Julai ini bakal berkongsi pentas bersama penyanyi lagenda Dato Jamal Abdillah, Dato Khadijah Ibrahim dan Dato Ramli Sarip menghiburkan peminat di sana.

Oleh: SGMS Fas

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 12 Jun 2019

祖雄变身职业拳击手!为电影每天狂操8小时增肌减脂

Hero祖雄为了新电影《震撼擂台》拳击手角色,每天8小时的严格训练,希望能在荧幕上呈现给观众完美的肌肉线条。

Kisah Viral Wed, 13 Sep 2023
Featured Mon, 8 May 2023
Featured Mon, 21 Feb 2022
Events Thu, 14 Mar 2019

Malaya Relived: The Fall of Singapore, the Start of Shafeeq Shajahan’s Historical Series

The young and talented are taking us on a trip down memory lane!

Hiburan Mon, 25 Nov 2019
Featured Sun, 27 Mar 2022

Aedy Ashraf Lamar Amelia Henderson Jadi Kekasih Hati Secara Terbuka… – “She Said Yes”

2 tahun menanti, Akhirnya Aedy Ashraf berani meluahkan rasa cintanya kepada Amelia Henderson. Bersemutttt..!

Featured Mon, 27 Feb 2023