“Tak Mampu Jangan Ajak!” – Gadis Perlekeh Lelaki Bawa Dating Di Drive-Thru

Baru-baru ini kecoh mengenai sebuah video yang dikongsi oleh seorang gadis yang meluahkan rasa kecewa ketika keluar dating buat pertama kali dengan seorang lelaki.

Pada mulanya, video tersebut tular di platform TikTok kemudian dimuat naik oleh seorang pengguna di Twitter.

Menerusi video itu, gadis tersebut meluahkan perasaan kecewa apabila sudah bersiap berpakaian cantik-cantik demi teman lelakinya tetapi hanya dibawa keluar makan secara drive-thru sahaja.

Malah,gadis tersebut juga menyatakan jika tidak mampu atau tiada duit untuk membawanya keluar ke tempat yang lebih elok, maka tidak perlu untuk mengajak dia keluar dating.

“Dah pakai cantik-cantik, sekali bawa drive-thru.

“Tak mampu jangan ajak dating,” tulis gadis itu dalam video yang dikongsinya.

Perkongsian gadis tersebut telah menimbulkan perdebatan dan perbincangan hangat dalam kalangan warganet di ruangan komen.

Rata-rata warganet berasa bengang dengan sikap yang ditonjolkan oleh gadis tersebut gara-gara memperlekehkan usaha teman lelakinya itu.

Tak kurang juga ada warganet yang memberi komen bahawa makan dalam kereta lebih seronok kerana tidak suka tempat yang mempunyai orang ramai.

Ada juga yang menyatakan makan dalam kereta merupakan perkara yang digemari mereka untuk keluar dating.

Walaubagaimanapun, video asal yang dimuat naik oleh gadis tersebut di TikTok dan pengguna di Twitter itu telahpun dipadamkan.

Atiqah Johari