“Tak Peduli Pasal Laki Aku, Yang Penting Perempuan Tu…”- Netizen Sokong Puteri Sarah, Anggap Wanita ‘Penyondol’ Perlu Diajar!

Sejak kes rumah tangganya menjadi bualan hangat netizen, pelakon Puteri Sarah nampaknya bertegas dalam mempertahankan haknya sebagai seorang wanita dan ibu kepada anak-anaknya.

Terbaharu, menerusi hantaran terkini di Insta Story miliknya, Puteri Sarah ada berkongsi tangkap layar skrin seorang pengguna Twitter yang dikenali sebagai @nfatinms yang dilihat menyokong tindakannya melibatkan isu pihak ketiga dalam rumah tangga.

“Puteri Sarah ni kan macam i don’t care about my husband… But, that girl perlu diberi pengajaran. Go queen,” tulisnya.

Dalan hantaran berlainan pula, Puteri Sarah atau nama penuhnya, Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 36, turut memuat naik beberapa hantaran berupa ‘quotes’ berbahasa Inggeris didakwa sebagai komen balas terhadap kenyataan yang dikeluarkan oleh bapa kepada Ira Kaza yang juga pelakon veteran, Kazar Saisi baru-baru ini.

Terdahulu, Kazar mengeluarkan kenyataan agar Puteri Sarah berdamai dengan anaknya, Ira Kaza kerana menyifatkan isu orang ketiga bukanlah masalah yang besar.

“Nasihat saya kepada netizen, janganlah berkasar sangat dalam berbahasa. Bercakaplah elok-elok kerana ini bukan kerja kita.

“Kalau boleh mereka yang terlibat ini berdamailah. Ia bukan masalah besar sangat,” katanya.

Bagaimanapun,  tindakan Kazar atau nama sebenarnya, Kazaruddin Saisi, 63, dilihat ibarat mencurah minyak ke dalam api apabila rata-rata warganet tidak berpuas hati dan menganggap yindakan Kazar itu sebagai ‘selfish’.

Salma Syahbuddin