Categories: HiburanSelebriti

‘Tak Sabar Tengok Persembahan Kawan Baik’- Wany Hasrita Bakal Hadir Ke AJL 33

Bintang Paling Popular Wany Hasrita meluahkan rasa teruja untuk lihat rakan-rakan baiknya berjuang di Anugerah Juara Lagu (AJL) 33, malam esok.

Kata Wany, dia akan pastikan dirinya hadir pada malam esok sebagai tanda sokongan terhadap rakan seperjuangannya.

“ Sudah tentu saya akan hadir pada malam esok memandangkan rata-rata finalis yang membuat persembahan adalah teman baik saya. Antaranya Hael Husaini dan Ara Johari.

“ Buat kakak-kakak saya Kak Misha, Kak Siti Nordiana dan Kak Sarah, saya doakan agar mereka dapat mempersembahkan lagu masing-masing dengan cemerlang sekali. Insya Allah. Jumpa esok,” katanya bersemangat.

Terdahulu, Wany mempertaruhkan lagu Menahan Rindu di pentas AJL 32.

Anugerah Juara Lagu 33 akan disiarkan secara langsung di TV3 bermula jam 9 malam esok, jangan lupa tonton ok!

SGMS Faida