Euforia Bola 2026
Hiburan By: Syamir Shafie November 15, 2023 @ 6:29pm

Tak Sama Pendapat Dengan Universal Music Group, Siti Nurhaliza Teguh Pendirian Tetap Pertahankan Palestin

Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza menjelaskan pendiriannya masih kekal teguh menentang kezaliman yang berlaku di Palestin meskipun syarikat rakaman antarabangsa, Universal Music Group (UMG) menyatakan sokongan terhadap Israel.

Terkejut dengan pendedahan UMG, Siti memberitahu dia bukan artis di bawah naungan wakil syarikat terbabit dan hanya berkerjasama dengan Universal Music Malaysia bagi tujuan pengedaran album serta lagu sahaja.

“Saya percaya pendirian Universal Malaysia tidak sama. Apa yang disuarakan UMG itu tidak sama langsung dengan pendirian saya. Saya tetap menyokong Palestin.

“Universal Music Malaysia bekerjasama dengan saya hanya sebagai pengedar. Saya bukan artis bawah naugan syarikat tersebut,” jelasnya.

Pelantun lagu Anta Permana mengulas perkara itu ketika ditemui XTRA selepas pelancaran BeauSiti memperkenalkan wajah baharu mereka, Rita Nadira di Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur, pada Selasa.

Dalam pada itu, Siti yang menghormati penderitaan penduduk Palestin mengambil keputusan untuk menangguhkan perancangan konsert meganya yang dijadualkan bakal berlangsung Mac depan.

Menurut penyanyi Biarlah Rahsia itu, dia mahu menggantikan konsert mega dengan satu majlis amal yang memberi fokus untuk mengumpulkan dana dan disalurkan ke tabung Palestin.

“Perancangan untuk konsert saya tangguhkan kerana kita berdepan dengan isu sensitif.

“Tapi saya bercadang untuk melakukan majlis amal di bawah yayasan saya, Yayasan Nurjiwa untuk mengutip dana dan sama-sama bersolidariti. Ini yang apa saya sedang fikirkan,” ujarnya kepada XTRA.

Sementara itu, bertanya lanjut mengenai undangan untuk menjayakan persembahan, Siti mengakui dia masih sahaja menerima tawaran tetapi perlu meneliti terlebih dahulu latar belakang majlis tersebut.

Baginya, sebarang persembahan yang bersifat tertutup tidak akan dipamerkan di media sosial sebagai tanda hormat dan sensitif terhadap isu Palestin.

“Hidup perlu diteruskan. Tetapi kalau kita buat aktiviti menyeronokkan lebih baik usah terlalu berkongsi di media sosial. Kita perlu menunjukkan solidariti kita terhadap Palestin.

“Sekarang ini kalau ada undangan menyanyi pun saya akan cuba selitkan dengan lagu-lagu ketuhanan,” jelasnya.

Dalam pada itu, Siti terus menyeru rakyat Malaysia agar sentiasa menyalurkan sumbangan secara serta terus berdoa tanpa putus agar Palestin memperoleh kemenangan.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 26 Jan 2023

Sebak Kenang Nasib Ibu Saudara, Ahli Keluarga Isteri Pertama Zainal Abidin Hassan Buka Mulut

Penyondol tak patut hidup bahagia kat dunia ni – ahli keluarga

Hiburan Sun, 31 Mar 2019

Filem One Two Jaga Menang Besar Di FFM30

Tahniah buat Namron dan seluruh pasukan produksi One Two Jaga!

Trending Tue, 16 Jul 2019
Trending Wed, 11 Aug 2021

Lebih Eco-Friendly, Sebenarnya Ada Alternatif Yang Lebih Baik Bagi 5 Item Ini… Check It Out!

Anda mesti tak tahukan, sebenarnya banyak je perkara yang anda boleh tukar untuk menjadikan bumi ini lebih bersih dan kurang sampah! Bukan sahaja memudahkan tapi sebenarnya lagi jimat tau sebab anda boleh guna balik beberapa […]

Trending Wed, 21 Jul 2021

Keberkesanan Vaksin Sinovac & Pfizer Adalah Sama – Dr Noor Hisham

so, jangan was-was k! Kita sama-sama ikhtiar♡

Contest Fri, 26 Apr 2019

xtra好康头 | 送你《妈妹祥祥爆满云顶演唱会》入门票

xtra好康头送你《妈妹祥祥爆满云顶演唱会》入门票,让你和「肥妈」玛丽亚、李丽霞、黎耀祥及阮兆祥度过一个开心欢乐之夜。

error: Content is protected !!