‘Tak Sangka Gurauan ‘Papa Mama’ Akhirnya…’- Elly Mazlein Makin Seronok Mengacara

Beberapa kali digandingkan di pentas, pengacara Bintang Bersama Bintang Elly Mazlein mengaku semakin serasi dengan Shuk Sahar.

Pernah mengacarakan bersama Anugerah Skrin pada tahun lalu, dia juga bersyukur penglibatannya sebagai pengacara kini mendapat perhatian.

“ Selepas ASK 2018, tak sangka gurauan ‘papa mama’ di pentas membuka ruang kepada saya menerima lebih banyak tawaran dalam bidang pengacaraan.

“ Malah, untuk program Ramadhan tahun ini juga, saya bakal berganding dengan Shuk di dalam sebuah program memasak. Memang makin menjadi-jadi dan ramai suka melihat gandingan kami di skrin,” katanya kepada XTRA.

Dalam perkembangan lain, Elly dan Shuk juga dilantik sebagai Ikon Restoran Menate Steak Hub, baru-baru ini.

“ Saya merupakan pengunjung setia dan amat gemar dengan menu di Menate. Bila dapat tawaran untuk menjadi ikon makanan di sini, sudah tentu saya setuju dan terima.

“ Mungkin ramai yang menganggap Menate menyajikan daging mahal sahaja tetapi mereka silap. Dengan kualiti daging ‘tip top’, pilihan dan saiz hidangan yang berbaloi, restoran Menate seharusnya menjadi pilihan ramai. Sungguh berbaloi,” ujarnya.

SGMS Faida