Categories: Filem

‘We Are No Longer 3’- Shaheizy Sam Timang Anak Kedua

Pelakon Shaheizy Sam dan isteri, Syatilla Melvin berkongsi berita gembira apabila mereka dikurniakan anak perempuan hari ini.

Syatilla selamat melahirkan anak kedua mereka di Hospital Ampang Puteri jam 9.15 pagi tadi.

Berita gembira itu dikongsi pelakon Polis Evo itu di laman sosial Instagram miliknya.

“We are no longer 3. Alhamdulillah. Thank you so much everyone! 17/04/2019, 9.15am #BabyGirl #SS #KPJAmpangPuteri ” tulis Shaheizy.

Lebih menggembirakan kelahiran anak pasangan pelakon ini jatuh pada tarikh lahir ibu Shaheizy iaitu Khaty Fauziah hari ini.

Pasangan selebriti popular ini berkahwin pada Februari 2016 dan menerima cahaya mata sulung Syeriv Samheizy yang kini berusia setahun 11 bulan.

Oleh: Endy Ashari

SGMS Faida