’ Tak Suka, Tak Ada Masalah…Tapi Jangan HINA’, Syura Bengang Single Baru Diperlekeh?

Penyanyi Syura Badron memang sinonim dengan lagu bergenre pop tradisional. Pernah meledak dengan lagu Nazam Berkasih dan Bakawali, Syura kini tampil dengan single terbaru, Ego.

Lagu ciptaan terbaru Syura ini merupakan ciptaan Zimi Sofazr.

Namun begitu, lagu ini dikatakan mendapat kritikan daripada sebilangan besar netizen. 

Tidak mahu berdiam, Syura tampil menjawab kritikan di laman Instagram.

Tulis penyanyi berusia 32 tahun ini di Instagramnya, dia boleh menerima teguran khalayak asalkan ia tidak bersifat menghina.

“Saya seorang yang boleh terima teguran… Tapi jangan menghina lagu Ego saya dengan menggelarkannya sebagai lagu bodoh.

“Tak suka, saya tak ada masalah! Tapi jangan hina.

“Artis bukan badut, kami manusia juga macam anda semua.

“Yang sentiasa mencuba untuk mencari rezeki dalam industri,” tulis Syura.

Sabarlah Syura… jangan ambil pusing dengan komen yang tak membina. Jangan putus asa kerana ramai lagi yang sayang dengan bakat Syura. Jom layan single Ego! 

SGMS Faida