Tak Tinggalkan Dunia Seni, Saharul Ridzwan Ikut Sunnah Apabila Ceburi…

Pelakon terkenal, Saharul Ridzwan memaklumkan dia tidak ada sebarang niat untuk berhenti atau meninggalkan dunia seni.

Biarpun semakin mendekatkan diri dengan aktiviti kerohanian, Saharul turut menegaskan bahawa dia tidak menolak jika diberikan rezeki untuk berlakon semula tetapi harus bergantung kepada jalan cerita.

“Insya-Allah, tengok pada cerita. Tak ada rasa nak berhenti tetapi bergantung kepada rezeki,” ujarnya.

Saharul ditemui di majlis pembukaan HumanGang Steakhouse, kolaborasi bersama pengacara Nabil Ahmad di Taman Tun Dr. Ismail (TTDI) pada Rabu.

Saharul yang hampir 10 tahun berkecimpung dalam industri seni ini tidak menafikan dia mula berjinak dalam bidang perniagaan atas dasar untuk merealisasikan impiannya yang telah lama terpendam.

Selain itu, Saharul mahu mengikut ajaran sunnah serta berkongsi rezeki dengan orang lain dalam memberi makanan.

“Salah satunya kerana saya nak belajar ikut sunnah, belajar meniaga sebab selama ini saya berlakon dah 10 tahun, hari-hari saya berlakon perkara yang sama.

“Membuka kedai makan ini adalah satu impian saya di mana kita dapat berkhidmat kepada orang bagi orang makan dan rasa kenyang.

“Alhamdulillah, perkara yang paling best dan buat saya rasa seronok sangat apabila saya dapat lihat opening HumanGang Steakhouse dapat dihadiri oleh ulama-ulama iaitu orang yang hebat,” katanya lagi.

Aqilah Paharuzi