Hiburan By: Del14 January 13, 2020 @ 7:18pm

Takut Terkandas Di Manila, Ruhainies Sanggup Ke Korea?

Pelakon jelita Ruhainies mengakui dia panik apabila penerbangan pulangnya ke Kuala Lumpur malam tadi dari Lapangan Terbang Antarabangsa Manila dibatalkan akibat letusan gunung berapi Taal awal pagi semalam. 

Ruhainies berada di Manila bagi memenuhi undangan sebagai penyampai trofi pada kemuncak 24th Asian TV Awards yang berlangsung dari 10 hingga 12 Januari lalu bersama pelakon, pelawak dan pengacara, Zizan Razak. 

“Saya sepatutnya menaiki pesawat untuk pulang ke tanah air, jam 9.30 malam tadi.  Namun, ketika berada di ruang menunggu di Lapangan Terbang Antarabangsa Ninoy Aquino, Manila, kami mendapat maklumat penerbangan dibatalkan. 

“Biarpun ditemani ibu dan bapa, saya agak panik, tambahan pula ia pengalaman pertama berdepan situasi seperti itu.  Tidak lelap mata dibuatnya sejak mendapat tahu berita letusan gunung berapi Taal, kelmarin. 

“Saya hanya memikirkan bagaimana untuk segera pulang ke tanah air kerana sudah mempunyai komitmen kerja yang dipersetujui,” kata Ruhainies kepada BH Online. 

Pemilik nama penuh Nur Farehah Binti Zainul Ilyas itu berkata mereka menunggu di lapangan terbang sehingga jam 2 pagi, sebelum memutuskan untuk kembali ke hotel. 

Namun, dia bersyukur kerana kekasihnya sanggup berusaha untuk mendapatkan maklumat penerbangan lain walaupun terpaksa menaiki pesawat dari lapangan terbang yang berbeza.

“Alhamdulillah, jam 5.30 pagi tadi, kami tiba di Lapangan Antarabangsa Clark yang mengambil masa dua jam perjalanan dari pusat bandar.  Lokasinya juga sedikit jauh dari kawasan berlakunya letusan gunung berapi.

“Biarpun terpaksa mengeluarkan belanja lebih dan perlu terlebih dahulu terbang ke Korea Selatan, saya reda.  Apatah lagi, hanya itu penerbangan paling awal yang ada. 

“Bukan hanya kami, malah penumpang lain turut mengambil langkah sama kerana tidak mahu terkandas lama di lapangan terbang.  Jika tidak, kami terpaksa menunggu beberapa hari lagi,” katanya.

Sekembalinya ke ibu negara, Ruhainies akan memulakan penggambaran filem Seandainya Kau Ada, selain sebuah drama untuk slot Samarinda di TV3.  

Kredit Foto: Instagram @ruhainies7 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 11 Feb 2018

5 BEST DRESSED CELEBRITIES AT AJL32

The Anugerah Juara Lagu 32 is filled with many top celebrities. Check out who donned the best outfits tonight.

Hiburan Sun, 3 Feb 2019

Fesyen Selebriti Di Karpet Merah AJL 33, On Ke Tak On?

Manis-manis & segak belaka barisan artis yang lalu di karpet merah AJL 33, malam ni…

#ThrowbackXTRA Wed, 17 May 2023
Hiburan Mon, 30 Oct 2023
Featured Thu, 29 Sep 2022
Hiburan Mon, 22 May 2023
Cahaya Mata Wed, 7 Jun 2023
Featured Mon, 16 Jan 2023

“Poligami Itu Indah Kalau Suami Berlaku Adil” – Puteri Sarah

Indah kan kalau berlaku jujur dan adil…

Featured Sun, 15 Oct 2023

“Saya Tak Pernah Mengemis! ”- To’ki Beri Respons Isu Dituduh ‘Amuk’ & Keras Kepala

Alahai kesiannya😥 Moga urusan To’ki dipermudahkan dan dimurahkan rezeki 😟