Hiburan By: SGMS Faida December 20, 2018 @ 10:02am

Tamat Kerjaya Penyanyi, Altimet Buka Kelas Mengaji

Rapper terkenal Altimet memaklumkan dia bakal fokus dalam dunia perniagaan yang tidak berbentuk hiburan selepas ini.

Kata penyanyi berusia 40 tahun ini, setakat ini dia sudah melabur dalam dua jenis perniagaan iaitu membangunkan aplikasi mengaji dan sebuah perniagaan makanan barat.

“ Ini rancangan saya selepas tidak lagi menerima tawaran menyanyi. Setakat ini, saya melabur untuk sebuah kedai Pizza iaitu Pizza On Fire yang terletak di beberapa buah lokasi strategik di Damansara, Johor Bahru dan Langkawi.

“ Dalam masa sama, aplikasi Mengaji yang dibangunkan juga beroperasi memasuki tahun pertama. Alhamdulillah,” katanya kepada xtra.

Tambahnya, aplikasi Recite turut boleh dimuat turun oleh pengguna telefon pintar di Indonesia.

“ Kami bekerjasama dengan syarikat Telkomsel Indonesia dalam menjenamakan produk ini di sana.

“ Aplikasi ini membantu pengguna yang segan untuk ke kelas mengaji dan mahu belajar dalam suasana lebih peribadi,” katanya.

Kata Altimet, aplikasi Mengaji memiliki puluhan ustaz dan ustazah bertauliah daripada Jabatan Agama Islam yang memperbetulkan bacaan pengguna.

Pelantun lagu Amboi ini turut memaklumkan jika diberikan rezeki lebih menerusi perniagaannya, dia berhasrat menunaikan Haji. 

” Saya mahu bawa ibu bersama dan melangsaikan bayaran rumah mak,” katanya ringkas.

Bagus impian Altimet ini! Semoga segala urusan Altimet dipermudahkan oleh Allah SWT. Amin…

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 8 Aug 2019
Hiburan Sat, 19 Feb 2022
Featured Wed, 7 Sep 2022

[VIDEO] “Suka Tengok” – Netizen Doa Moga Ada Sinar Antara Pertemuan Singkat Ifa Raziah & Ustazah Asma’

Wahhh 🤩 Siapa potong bawang ni? Mata min tiba tiba berair tengok momen Ifa Raziah dengan Ustazah Asma’ 🥰🥺 Satu langkah yang baik 🥰 Insya-Allah

Events Wed, 23 Jan 2019
Hiburan Tue, 26 Mar 2019

4,000 Peminat Banjiri Stadium Axiata Arena Demi Ong Seong Wu

Peminat mesti fanatik jumpa oppa diorang kan?

Featured Thu, 9 Feb 2023

#RoadToAJL37: Taburan ‘Hujan’, Lontaran Vokal Dua Generasi… Ini Antara Trivia Finalis Gabungan ‘Meletop’ Sepanjang AJL

Fuhhhh, hebat hebat kan pasangan duet AJL kita! Paling epik hujan turun membasahi pentas Axiata 🤩🤩 Yang mana satu fav korang?