Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin July 3, 2022 @ 10:52am

Tampil Lakonan Mantap Adi Putra, Sophia Albarakbah, Wan Hanafi Su & Ramai Lagi, ‘Jerangkung Dalam Almari’ Dedah Kisah Syirik

Minat yang mendalam terhadap filem-filem seram telah mencetuskan idea buat pengarah Shadan Hashim untuk menghasilkan filem Jerangkung Dalam Almari.

Tambahan pula, filem seram juga dilihat antara genre yang cukup diminati serta sering mendapat sambutan hangat penonton.

“Melihat kepada keadaan semasa, adakalanya saya agak terganggu apabila menyedari perbuatan syirik masih lagi dilakukan segelintir masyarakat dan kerana itu saya harus mengutarakan isu ini.”

“Pada masa sama, saya adalah penggemar filem-filem seram dan Jerangkung Dalam Almari ini dihasilkan sebagai memberi penghormatan (pay homage) buat pembikin-pembikin filem seram yang saya gemari.” ujarnya.

Sebelum ini, Shadan pernah menghasilkan sebuah filem seram iaitu Volkswagen Kuning, selain bergelar sutradara menerusi filem Haru Biru dan Cinta 200 Ela.

Bercerita lebih lanjut mengenai filem berkenaan, Shadan berkata filem dari syarikat produksi Akid Productions Sdn. Bhd dan penerbit Raja Azmi itu, menceritakan tentang tiga orang adik-beradik yang membiarkan syaitan bermaharajalela dalam dada mereka sehingga berdendam dan prasangka terhadap diri masing-masing.

Ujarnya, walaupun ini ialah sebuah filem genre seram tetapi mesej kekeluargaan ialah tunjang kepada jalan cerita filem tersebut.

Tambahnya, untuk filem berkenaan yang terkesan akibat pandemik dan menjalani penggambaran selama 26 hari itu, dia perlu menampilkan sesuatu yang luar biasa kerana hantu jerangkung itu sendiri memang jarang sekali diangkat di layar lebar berbanding kisah hantu lain seperti pontianak, orang minyak dan hantu raya.

“Bila mendapat peluang ini saya bertanya pada diri, bagaimana untuk menghasilkan sebuah filem seram yang baik, tanpa adegan klise seperti wanita terapung, melekat di dinding atau menjerit apabila ayat-ayat al-Quran dibaca, seperti kelaziman filem seram yang lain?

“Jadi ia mencabar kreativiti saya untuk menghasilkan adegan seram yang lebih mencemaskan, menunjukkan cara yang lebih kreatif untuk mengatasi ancaman jin dan yang paling mencabar ialah untuk memunculkan makhluk jerangkung itu sendiri,” ujarnya.

Naskhah ini berkisar mengenai kehidupan Fikri (Datuk Adi Putra) tidak tenteram kerana sering diganggu oleh jelmaan yang muncul dari dalam almari sehingga mengancam nyawa isterinya Shikin (Sophia Albarakbah) dan anaknya (Isaac Iman).

Berbekalkan ilmu yang dipelajari daripada Pak Hassan (Wan Hanafi Su), Fikri pulang semula ke rumah lama, tetapi terpaksa membuat perhitungan dengan abang Ali (Hasnul Rahmat) yang menyimpan rahsia gelap di sebalik ancaman Jerangkung Dalam Almari.

Jelasnya lagi, dia cuba mencari identiti filem seram yang dekat dengan masyarakat dan percaya penonton akan terhibur dengan jalan cerita yang menarik serta elemen-elemen surprise yang terdapat dalam filem Jerangkung Dalam Almari.

“Pelakon-pelakon hebat seperti Datuk Adi Putra, Sophia Albarakbah, Hasnul Rahmat, Wan Hanafi Su, Anne Abdullah, Zaidi Omar dan Amerul Effendi memberikan lakonan berkualiti dan faktor ini juga pasti akan menarik penonton ke pawagam,” ujarnya.

Filem Jerangkung Dalam Almari bakal menghantui penonton di pawagam seluruh negara mulai 4 Ogos 2022.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 8 May 2025

Lanjut Tayangan Filem 6 Jilake Di Pawagam… Amerul Affendi Berpuas Hati: “Terima Kasih Memahami Penonton Kita”

Tindakannya itu bukan mahu menuding jari tetapi prihatin terhadap slot tayangan filem tempatan.

Hiburan Thu, 3 Aug 2023

Mawar Rashid Dedah Emosi Terganggu, Menangis Ketakutan Macam Nak Gila – “Ada Sesuatu Yang Trigger Saya Sampai…”

Allahu macam mana boleh jadi macam tu? Semoga yang baik-baik buat Mawar & keluarga

Hiburan Mon, 9 Dec 2019

Jualan Akhir Tahun 2019 Genting Highlands Kini Bermula, Rebut Tawaran Hebat Ini Sekarang!

Yesza! Cepat serbu YES (Year End Sale) hanya di Genting Highland!

Featured Wed, 15 Feb 2023
Featured Tue, 11 Jun 2024
Hiburan Tue, 30 Jan 2024
Cahaya Mata Wed, 1 Mar 2023
Featured Wed, 17 Dec 2025

Hutang Tak Berbayar Cecah RM51,000… Eric Fuzi Terpaksa ‘Auto Diet’ Gara-Gara Baki Akaun Tinggal RM125.65

Eric secara terbuka meluahkan rasa kecewa apabila wang RM51,000 masih belum dilunaskan.

Featured Mon, 1 Apr 2024

“Nak Dapatkan Syurga Allah Kan Penat?” – Umie Aida Akui Sukar Untuk Kekal Istiqamah

Setuju! Nak raih syurga Allah bukan mudah, hati kena cekal dan kuat❤️❤️❤️

Hiburan Mon, 30 Sep 2019
error: Content is protected !!