Tampil Sopan Berhijab, Ramai Doakan Janna Nick Diberikan Hidayah – “Sejuk Mata Memandang”

Pelakon dan penyanyi Janna Nick mendapat perhatian warganet apabila tampil sopan dalam sebuah perkongsian di media sosial miliknya.

Menerusi perkongsian di Instagram, Janna memuat naik satu rakaman video yang memaparkan dia sedang membuat ulasan mengenai sebuah resort di Terengganu.

Lebih menarik perhatian, dalam rakaman tersebut pengacara program Famili Duo itu tampil sopan dengan mengenakan kaftan dan hijab serba hitam.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikut meluahkan rasa senang melihat penampilan Janna yang sopan. Malah ramai juga mendoakan Janna agar dikurniakan hidayah untuk berhijab suatu hari nanti.

Tidak sekadar itu, ramai juga memuji kecantikan pelantun lagu Gatal ini tanpa sebarang calitan solekan pada wajah.

Dalam perkembangan lain, Janna kini mengacarakan program Famili Duo bersama Sean Lee.

Famili Duo menampilkan pasangan peserta yang terdiri daripada selebriti popular bergandingan dengan ahli keluarga mereka.

Penyanyi Mas Idayu dan komposer Ajai pula menggalas tugas juri tetap untuk program terbabit.

Antara tujuh pasangan peserta yang bersaing di musim baharu Famili Duo ialah Ara Johari & Shaffiq Erwin (sepupu), Ayda Jebat & Fyna Jebat (adik-beradik), Bella Astillah & Wani Kayrie (sepupu), Sabhi Saddi & FareedPF K-Clique (Adik Beradik), Sissy Imann & Naim Daniel (Sepupu), Siti Sairah & Siti Saida (adik-beradik) dan Yamani Abdillah & Zaki Yamani (adik-beradik).

Jangan lupa saksikan Famili Duo musim kedua bermula 18 Disember 2022, setiap Ahad, 9.00 malam di TV3.

Khairil Khusyairi