Gelagat Uqasha Senrose & Kamal Adli Feeling Lagu Hindustan Undang Tawa

Kerap membuat TikTok bersama, gelagat pasangan pelakon Uqasha Senrose dan Kamal Adli sekali lagi meraih perhatian dalam kalangan peminat mereka di TikTok.

Menerusi hantaran di platform tersebut, Uqasha telah memuat naik semula videonya bersama suaminya, Kamal sedang menghayati lagu hindustan yang berjudul Chupke Se Koi.

“Rindu lah . shooting lama n jauh,” tulisnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminat mereka terhibur melihat gelagat pasangan itu yang terlalu menjiwai lagu tersebut.

Terdahulu, Uqasha dan Kamal telah mendirikan rumah tangga pada 5 November 2021.

Fatin Nurain