“Tanpa Mereka Saya Terpaksa Jual Buah Pinggang…”- Biaya Kos Guaman, Yasin Sulaiman Ucap Terima Kasih

Susulan perbicaraan kes ganja melibatkan komposer dan penyanyi, Yasin Sulaiman, 46, di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya semalam, beliau dilihat sempat menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua penderma yang bermurah hati menanggung kos guamannya.

Yassin berkata, bantuan yang diberikan itu sedikit sebanyak mampu mengurangkan beban beliau dan keluarga memandangkan kos guaman melibatkan kesnya ini menelan belanja yang sangat besar.

“Kepada mereka yang mengisi tabung guaman saya, terima kasih…. tanpa mereka ni semuamungkin saya terpaksa menjual buah pinggang saya untuk sara kos guaman yang tinggi.

“Kes ni besar macam gajah dan saya semut yang mengharapkan keajaiban,” katanya.

Terdahulu, pelantun lagu Mimpi Laila ini juga dilihat turut menitipkan pesanan agar kerajaan Malaysia mengeluarkan kanabis daripada senarai narkotik.

“Kanabis bukan narkotik, satu dunia dah tahu. 40 negara antara yang maju telah membenarkan kanabis perubatan. Tuhan tak jadikan pohon kanabis sia-sia, pohon kanabis adalah untuk rawatan. Maka, keluarkanlah kanabis daripada senarai narkotik. Terima kasih semua,” ujarnya.

 

Sumber : Mstar

Salma Syahbuddin