“Macam Kerengga!” – Netizen Puji Pinggang Aina Abdul Semakin Ramping

Penyanyi popular, Aina Abdul kini sedang sibuk menjalani latihan dan persediaan bagi menjayakan konsertnya A Night With Aina Abdul 2.0 (ANWAA 2.0) yang akan diadakan hujung minggu ini.

Menerusi perkongsian Aina di Instagram, beberapa gambar yang dimuat naik olehnya membuatkan netizen tergamam kerana saiz pinggang penyanyi ini kelihatan semakin kecil dan ramping.

Aina juga sering berkongsi video dirinya melakukan senaman di gim dan usahanya itu ternyata mendatangkan hasil selain untuk persediaan fizikal sebelum konsertnya.

Di ruangan komen, rata-rata pengikutnya memuji pinggangnya seperti pinggang kerengga serta sangat suka dengan ‘boots’ yang digayakan.

Maya Basir