“Tanya Suami Saya” – Dikhabarkan Hamil Anak Sulung, Isteri Remy Ishak Pilih Kunci Mulut

Baru-baru ini, ramai dalam kalangan warganet mendakwa isteri kepada pelakon Remy Ishak, Ezza Yusof sedang hamil anak pertama.

Namun begitu, memetik laporan Harian Metro, Ezza memilih untuk mengunci mulut mengenai perkhabaran tersebut sebaliknya meminta orang ramai untuk mendoakannya.

“Tanya kepada suami saya. Doakan yang baik-baik,” ujarnya singkat pada Harian Metro.

Sebelum ini, warganet mula membanjiri ruangan komen Ezza dengan ucapan tahniah apabila mereka melihat perubahan fizikal isteri pelakon tersebut dan meneka bahawa dia sedang hamil anak pertama.

Sekadar info, Ezza dan Remy telah berkahwin pada Ogos 2021 yang berlangsung secara tertutp di Masjid Negara, Kuala Lumpur.

Sebelum bernikah, pasangan ini pernah mengikat tali pertunangan pada 2017 tetapi ikatan tersebut terputus pada 2019.

Artikel Berkaitan: Isteri Didakwa Sedang Hamil, Ini Respons Remy Ishak – “Doa-Doakanlah”

Artikel Berkaitan: Netizen Dakwa Nampak Baby Bump, Isteri Remy Ishak Kini Hamil Anak Pertama? -“Alhamdulillah! Cantiknya Mommy To Be”

Sumber: Harian Metro

Atiqah Johari