Tarik Diri Dari ABPBH 34, Zul Ariffin Akui Tiada Kaitan Dengan Hijrah

Pelakon Zul Ariffin menarik diri daripada semua pencalonan yang diterima dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-34 (ABPBH 34) yang berlangsung pada 13 November depan.

Perkara itu dikongsi pelakon Rindu Awak 200% menerusi hantaran di Instagram Story miliknya.

“Jangan bimbang saya tidak akan bersara daripada dunia lakonan atau hijrah saya atau apa-apa pun.

“Tapi, buat masa sekarang, saya cuma mahu menjadi lebih baik daripada cara kerja saya sebelum  ini.

“Saya kini sedang bersiap sedia untuk menjalani banyak lagi perkara pada masa akan datang.” tulisnya.

Semenjak kebelakangan ini, Zul atau nama sebenarnya Zulkifli Ariffin, 35, dilihat banyak menghabiskan waktunya bersama-sama pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew dan rakan artis lain melakukan kerja-kerja dakwah.

Bagaimanapun, Zul menegaskan bahawa penarikan dirinya dalam pencalonan #ABPBH34 kali ini tidak ada kena mengena dengan penghijrahan beliau dan telahpun memaklumkan perkara tersebut kepada pihak Berita Harian,

“Kepada  peminat yang sentiasa menyokong kerjaya saya, Alhamdulillah.

“Disini saya nak beritahu dan umumkan yang saya dah tarik diri daripada semua pencalonan #ABPBH34 dan saya dah hubungi pihak Berita Harian.

“Kepada semua calon, saya doakan yang terbaik untuk anda semua,” jelasnya.

 

Untuk rekod, Zul tercalon dalam kategori utama iaitu Pelakon TV Lelaki Popular Xiaomi dan kategori online pula adalah dalam kategori Gandingan Serasi Drama Popular.

ARTIKEL BERKAITAN: ABPBH 34 Kembali, Angkat Tema #KitaBersama

ARTIKEL BERKAITAN: Zul Ariffin Kenang Memori Bila Ashraf Menggedik…”Rasa Nak Campak Teh Tarik Kat Muka!”

ARTIKEL BERKAITAN:“Saya Bukan Selebriti” – Zul Ariffin Tak Kisah Pasal Imej?

ARTIKEL BERKAITAN:Aksi Mesra Dalam Air Zul Ariffin – Intan Najuwa Curi Perhatian PU Syed

ARTIKEL BERKAITAN:Gambar Zul Ariffin dan Intan Najuwa Berpeluk, “Tunang Tak Jeles Ke?”

 

Salma Syahbuddin