Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin memaklumkan, individu yang menggunakan pesawat udara untuk melancong ke Pulau Langkawi, Kedah bermula 16 September ini tidak perlu mendapatkan surat kebenaran daripada polis.
Khairy dalam ciapan di laman Twitter berkata, hanya mereka yang menggunakan pengangkutan darat dari luar negeri itu sahaja perlu berbuat demikian.
Menurutnya, bagi program perintis pelancongan ‘travel bubble’ Langkawi, surat dari Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi tujuan rentas negeri dan sekatan jalan raya diperlukan sekiranya pelancong melalui jalan darat sahaja.
Malah, Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah juga dilihat mengulang kicau kenyataan tersebut agar tidak timbul lagi sebarang kekeliruan dalam kalangan masyarakat mengenai prosedur operasi standard (SOP) melibatkan percutian ke Pulau Langkawi.
Pada 9 September lalu, kerajaan mengumumkan kebenaran kepada pengunjung domestik dari seluruh negara untuk mengunjungi Langkawi, kecuali mereka yang berada di kawasan yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).
Selain itu, pulau peranginan di utara tanah air ini dipilih sebagai destinasi pertama projek rintis program gelembung pelancongan itu adalah terhad kepada individu yang telah lengkap dos vaksin Covid-19.
Sumber : Bernama
Syoknya dah halal! Selamat Pengantin Baru, Afifah & Husband!
Sedih pula dengar luahan hati Aliff Aziz untuk Bella...
Kita hormat keputusan Syasya okay.. Apa apun, Dolla sentiasa di hati!
Wah, MK jadi jahat!
Ada lagi yang Aliff ak puas hati kot tu..
Ada betul juga cakap Michael kan?