Tawaran Menyanyi Tak Macam Dulu, Zahid Cuba Buat Pelbagai Kerja

Dengan persaingan cukup tinggi dalam dunia hiburan, penyanyi Zahid Baharuddin mengaku mencuba melakukan pelbagai pekerjaan untuk meneruskan kelangsungan hidup.

Bapa satu anak ini memberitahu dia tiada pilihan lain memandangkan tawaran menyanyi tidak semeriah dahulu.

“ Dalam industri hiburan sekarang, saya kena ‘multi tasking’ (serba boleh). Kena buat macam-macam benda dan bukan hanya harapkan pada nyanyian.

‘Pada 2016, saya hasilkan single berjudul Biasa tetapi kurang menjadi. Tahun lalu saya tampil dengan single ciptaan sendiri dan muat naik di YouTube tapi sambutannya tetap perlahan. Buat single duet dengan Maulana AF8 pun kurang sambutan. Benda-benda ini mencabar kita untuk buat lebih baik,” katanya kepada Harian Metro.

Tambah Zahid, dia tidak akan patah semangat dalam meneruskan perjuangan untuk terus bertahan dalam bidang seni.

“ Saya cuma nak bertahan saja. Memang setiap projek yang saya buat, saya letak harapan besar. Apabila kadang-kadang tak jadi, ada sedikit kecewa tapi tak melunturkan semangat saya untuk terus berada dalam bidang seni.

“ Ini jalan yang saya pilih dan kena teruskan melangkah,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Zahid kini tampil sebagai penyanyi kumpulan Overall Band.

SGMS Faida