Fazura Umum Bakal Muncul Dalam Projek Istimewa September Ini!

Jarang muncul di kaca televisyen selepas berkahwin, pelakon Nur Fazura mengaku lebih mementingkan eksklusifiti dan kualiti dalam memilih naskah terbaharu.

Tambah isteri kepada pelakon Fattah Amin ini, dia merindui untuk tampil dalam drama atau filem terbaharu.

“ Saya tahu ramai yang tidak nampak saya muncul di kaca televisyen. Tapi anda juga kenal dan faham dengan saya yang memilih kualiti berbanding sering tampil tanpa mengambil kira sesebuah naskah itu.

“ Ia juga merupakan prinsip yang saya pegang sejak dahulu iaitu bekerja dalam diam dan tidak terlalu terbuka,” tulisnya.

Tambah pelakon Manisnya Cinta Di Cappadocia ini, dia memaklumkan bakal tampil dalam sebuah projek menakjubkan pada September ini.  

“ Saya akan tampil dalam sebuah projek terbaharu. Insha Allah akan berlakon dalam sebuah filem yang menemui anda pada September ini.

“ Saya merindui dan sayang kalian. Tunggu kemunculan saya,” ujarnya.

Rata-rata pengikut Fazura gembira dengan perkongsian terbaharu pelakon pujaan mereka dan tidak sabar menanti projek istimewa itu.

Mesti best kan? OMG Tak sabarnya!

SGMS Faida