“Teganya Hati Manusia Lihat Keluarga Ni Hancur, Ditinggalkan…” – Ibu Syamsul Yusof

Konflik rumah tangga pelakon jelita, Puteri Sarah Liyana bersama pengarah tersohor, Syamsul Yusof semakin hangat diperkatakan selepas suaminya didakwa melarikan diri berkahwin kali kedua di Thailand.

Susulan itu, Datin Patimah Ismail, ibu pengarah filem Mat Kilau memuat naik sebuah perkongsian yang memaparkan foto menantu kesayangan, Puteri Sarah bersama anak-anaknya.

Menerusi hantaran tersebut, Patimah seakan meluahkan rasa kesal terhadap nasib yang menimpa perkahwinan anaknya itu serta mendoakan kebahagian mereka.

“Teganya hati manusia melihat keluarga ini ditinggalkan, hancurnya hati.. Ya Allah, engkau berilah kebahagiaan untuk isteri dan anak-anak ini.. Amin, amin, amin..,” tulisnya.

Sebelum ini, kecoh di serata media sosial berhubung kenyataan Syamsul yang mahu mengambil tindakan saman berjumlah RM10 Juta ke atas  Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).

Artikel Berkaitan: Syamsul Yusof Nak Saman JAWI RM10 Juta, Puteri Sarah Desak Minta Jujur – “Kebenaran Akan Terbongkar!”

Artikel Berkaitan: “Puteri Sarah Permaisuri Hati Syamsul, Perkahwinan Direstui Keluarga Sepenuhnya” – Luahan Hati Patimah, Netizen Minta Ira Kazar Undur Diri

Dalam pada itu, Puteri Sarah berdasarkan pendedahannya baru-baru ini menafikan tuduhan ramai yang mendakwa dirinya kekal bertahan dalam perkahwinan tersebut disebabkan kemewahan.

Artikel Berkaitan: “Belah Sana Minta Macam-Macam, Funny! Maruah Tak Ada Sebab Duit” – Puteri Sarah Respons Dakwaan Mahu Harta Suami

Aqilah Paharuzi